" I spent the ‘90s trying to hide out, trying to duck the full celebrity cacophony. I started to get sick of myself sitting on a couch, holding a joint, hiding out," he tells the magazine. "It started feeling pathetic. It became very clear to me that I was intent on trying to find a movie about an interesting life, but I wasn’t living an interesting life myself. I think that my marriage [to Aniston] had something to do with it. Trying to pretend the marriage was something that it wasn’t."
http://www.huffingtonpost.com/2011/09/16/brad-pitt-jennifer-aniston-marriage-diss_n_965765.html
Itulah luahan hati Brad Pitt, pelakon yang pernah dinobat sebagai aktor paling seksi. Memperkatakan tentang Brad Pitt kita akan teringatkan filem Mr. and Mrs Smith, sebuah filem yang menemukan cinta Brat Pitt kepada Angelina Jolie seorang janda mempunyai anak tapi masih seksi terutama bibir semulajadinya. Filem ini jugalah yang menyebabkan Brad Pitt menjadi dingin kepada pasangannya Jeniffer Aniston iaitu bekas pelakon siri popular Friends.
Menonton Mr. and Mr Smith sebenarnya bukanlah dipenuhi dengan kisah romantik atau tentang rumahtangga tetapi ia adalah kisah aksi dua ejen yang pada mulanya saling berahsia tetapi akhirnya berganding untuk menghadapi musuh yang sama iaitu "TANK". Permulaan filem adalah berkenaan satu sesi yang menceritakan hal perkahwinan mereka juga tugasan memburu sasaran yang sama walaupun Mr. John Smith dan Mrs Jane Smith bekerja di syarikat berlainan. tugasan mereka itu telah menyebabkan mereka saling memburu hingga babak akhir sahaja mereka menyedari kedudukan sebenarnya.
hari ini Brad Pitt telah meluahkan isi hatinya yang sekian lama berpura- pura bahagia dengan isterinya hanya untuk tatapan wartawan dan jurugambar sahaja kerana yang sebenarnya Brad Pitt lebih mencintai pasangan Jane Smithnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan