Isnin, 22 September 2014

Braveheart dan Scotland

Punggutan suara di Scotland telah dimenangi oleh pihak yang menolak kemerdekaan scotland dengan 55.4% tidak mahu berpisah manakala 44.6% katakan ya kepada berpisah, rakyat telah bersuara untuk kekal dalam Persekutuan Great Britain, bersama Wales dan Ireland Utara. Biarpun keputusan ini melegakan ratu England tetapi kewujudan kumpulan menuntut kemerdekaan seperti IRA di Ireland Utara boleh wujud di Scotland. Sekiranya kita melihat kepada kepulauan British, kita akan terfikir betapa kuatnya kuasa England, walaupun kecil tetapi bangsa mereka boleh menguasai sepertiga dunia, sekiranya tanpa Scotland, tanah gabungan Great Britain semakin mengecil, lebih kecil daripada Malaysia... 
Apabila mengatakan tentang Scotland, di dalam pemikiran saya adalah muzik perang, scotland yard, lelaki berskirt, kain corak kotak- kotak dan filem 
Braveheart yang merupakan sebuah filem aksi bersejarah yang diterbitkan pada tahun 1995 yang telah memenangi Anugerah Akademi. Filem ini diarahkan oleh Mel Gibson, yang juga membintangi filem ini sebagai pelakon utama. Ia telah ditulis untuk difilemkan dan dinovelkan oleh Randall Wallace. Gibson berlakon sebagai seorang lagenda Scotland, William Wallace, yang mendapat penghargaan apabila beliau maju ke hadapan di dalam Perang Kemerdekaan Scotland Pertama dengan menentang Edward I dari England (dilakonkan dilakonkan oleh Patrick McGoohan) dan bersubahat dengan menantu Edward, Puteri Isabelle (dilakonkan oleh Sophie Marceau) dan penuntut ke atas takhta Scotland, Robert the Bruce (dilakonkan oleh Angus Macfadyen).
Filem ini telah memenangi lima Anugerah Akedemi ke-68, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, dan telah dicalonkan di dalam lima lagi kategori. Ini ini dikeluarkan oleh Icon Productions untuk Paramount Pictures dan 20th Century Fox.

Isnin, 1 September 2014

Blissful Sunflower

Mungkin ada dikalangan kita yang menggemari bunga matahari, Filem yang ingin dikatakan ini adalah cerita berkenaan bunga matahari dan kebaikan hati budi seseorang. Bagi ibu- bapa yang mempunyai kerinduan dan berpisah dengan anak- anak kisah dalam 'Blissfull Sunflower' ini tentunya membuatkan mereka rasa sebak begitu juga anak- anak yang merindui ibu dan bapa. 
Filem ini berlatarkan  ethnik  Islam Uyghur, disamping menghayati watak anak perempuan yang keras hati dan cerdik bernama Meiliguli, Filem ini juga boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang ingin mengetahui bagaimana masyarakat, budaya dan ekonomi minoriti orang Islam di negara Republik Rakyat Cina.

Meiliguli yang baru kematian ibunya telah di bawa oleh neneknya iaitu Aihemaiti tinggal bersama, tetapi anak perempuan kecil ini menuntut agar neneknya mencari ayahnya sebagaimana yang diwasiat oleh ibunya. Neneknya tidak suka dengan permintaan cucunya kerana neneknya sudah menganggap menantunya sebagai orang yang tidak baik dan penyangak kerana dua tahun tidak pulang ke rumah sehingga isterinya mati.

Tuntutan dan permintaan Meliguili tidak dipedulikan oleh neneknya walau cucunya merayu sehinggala suatu hari bila Aihemaiti yang baru pulang dari berjualan di kedainya iaitu kedai menjual kain tudung dan selendang, dia mendengar cucunya bercakap seorang diri seolah bercakap dengan ayahnya sambil berlagak memasak dan menuangkan minuman kepada ayahnya. akhirnya neneknya berjanji untuk membawa cucunya mencari ayahnya dengan syarat jika benar ayahnya seorang yang penyangak Meiliguli mesti berjanji untuk tinggal bersama neneknya.

Berdasarkan alamat disurat -surat yang dikirim oleh menantunya Aihemaiti bersama cucunya memulakan perjalanan. Pencarian mereka ke bandar -bandar berdasarkan tempat surat dikirim adalah dengan menumpang kenderaan dan berjalan kaki kerana kekurangan wang. Di perjalanan inilah mereka menemui bebearapa orang yang pernah bekerja dan berkawan dengan ayah Meiliguli, melalui percakapan dari penjual muzik, doktor haiwan, dan peladang pelbagai cerita menarik diceritakan dan ini membuatkan Meiliguli bangga dengan ayahnya, dia juga meminta agar neneknya tidak memanggil penyangak kepada ayahnya. Perjalanan mereka juga menemui seorang perempuan yang juga mencari kekasihnya yang sebenarnya kekasihnya telah meninggal dunia. Disetiap tempat yang disinggahi Meiliguli akan melihat adanya bunga matahari setelah kebaikan dilakukan kepada dia dan neneknya iaitu bunga yang diberitahu oleh arwah ibunya sebagai mewakili orang yang baik- baik sebagaimana makna namanya Meiliguli.

Hingga semua tempat telah dikunjungi tetapi mereka masih tidak berjumpa dengan ayah Meiliguli, setelah berputus asa nenek berhenti di kampung asalnya, di sini nenek menemui kekasih zaman mudanya yang mana segala kisah dan kejadian yang membuatkan mereka tidak dapat berkahwin telah terungkai, nenek juga menangis tetapi seperti kebiasaan apabila ditanya oleh cucunya nenek mengatakan matanya dimasuki habuk.
Dalam perjalanan balik dengan berjalan kaki Meiliguli tertinggal beg pemberian ayahnya, antara barangan lain juga pemberian bapanya adalah bola bercahaya yang selalu dibawanya dan disitu ada alamat kilang dimana bapanya mungkin bekerja, Meiliguli dan Ahaimaiti akhirnya sampai di kedai makan yang disitu bapanya bekerja sebagai tukang masak, Ahaimaiti membelakangi menantunya tetapi Meiliguli asyik melihat ayahnya. Disinilah kemuncak perasaan oleh seorang anak apabila rindu kepada ayahnya selama ini telah merobek hatinya bila ayahnya menyapa seorang anak kecil dalam pangkuan ibunya, Meiliguli menyangka ayahnya kahwin lain dan sudah ada anak hinggakan dia dilupakan, Jika sesiapa yang mempunyai perasaan kasih kepada anak tentu mereka akan menitis air mata bila babak Meiliguli berlari keluar dan menangis teresak- esak di luar kedai itu.
Sekiranya ingin mengetahui kesudahan cerita menyentuh hati ini cari dan tontonlah filem yang telah memenangi anugerah ini antaranya

·         The 3rd "China Association Cup" Award - Best Film - Screenplay
·  14th China Huabiao Film Awards
1  . Best Young Actress - Shayida Aihemaiti (Won) 
2  . Best Children Film (Nominated)
·         28th Golden Rooster Awards - Best Children Film (Nominated)

Mungkin bila menonton cerita ini seorang ayah yang berhajat untuk kahwin lain akan memikirkan perasaan anaknya, seorang nenek yang buruk sangka kepada menantunya boleh memahami apa yang terjadi dan patut dilayan kepada anak dan menantu, begitu juga seorang anak seharusnya berusaha mencari dan bersangka baik kepada bapanya. Walaupun filem ini tidak melibatkan bintang besar tetapi penghayatan watak amat terkesan sekali.