Isnin, 22 September 2014

Braveheart dan Scotland

Punggutan suara di Scotland telah dimenangi oleh pihak yang menolak kemerdekaan scotland dengan 55.4% tidak mahu berpisah manakala 44.6% katakan ya kepada berpisah, rakyat telah bersuara untuk kekal dalam Persekutuan Great Britain, bersama Wales dan Ireland Utara. Biarpun keputusan ini melegakan ratu England tetapi kewujudan kumpulan menuntut kemerdekaan seperti IRA di Ireland Utara boleh wujud di Scotland. Sekiranya kita melihat kepada kepulauan British, kita akan terfikir betapa kuatnya kuasa England, walaupun kecil tetapi bangsa mereka boleh menguasai sepertiga dunia, sekiranya tanpa Scotland, tanah gabungan Great Britain semakin mengecil, lebih kecil daripada Malaysia... 
Apabila mengatakan tentang Scotland, di dalam pemikiran saya adalah muzik perang, scotland yard, lelaki berskirt, kain corak kotak- kotak dan filem 
Braveheart yang merupakan sebuah filem aksi bersejarah yang diterbitkan pada tahun 1995 yang telah memenangi Anugerah Akademi. Filem ini diarahkan oleh Mel Gibson, yang juga membintangi filem ini sebagai pelakon utama. Ia telah ditulis untuk difilemkan dan dinovelkan oleh Randall Wallace. Gibson berlakon sebagai seorang lagenda Scotland, William Wallace, yang mendapat penghargaan apabila beliau maju ke hadapan di dalam Perang Kemerdekaan Scotland Pertama dengan menentang Edward I dari England (dilakonkan dilakonkan oleh Patrick McGoohan) dan bersubahat dengan menantu Edward, Puteri Isabelle (dilakonkan oleh Sophie Marceau) dan penuntut ke atas takhta Scotland, Robert the Bruce (dilakonkan oleh Angus Macfadyen).
Filem ini telah memenangi lima Anugerah Akedemi ke-68, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, dan telah dicalonkan di dalam lima lagi kategori. Ini ini dikeluarkan oleh Icon Productions untuk Paramount Pictures dan 20th Century Fox.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan