Selasa, 29 Mac 2016

The Last Emperor


Filem ini memang telah lama saya gemari.. ia bukan saja membuat kita terimbau satu zaman yang begitu megah, hebat dan punya ketamadunan juga budaya sangat terpimpin. Bagaimana sebuah Institusi maharaja yang sangat- sangat dihormati rakyat akhirnya terpaksa akur dengan perubahan dan desakan yang datang dari luar Kota Larangan. Seorang yang diumpamakan wakil tuhan di dunia boleh disisih sedikit demi sedikit hingga akhirnya wakil tuhan itu tidak ada pilihan dari dipaksa keluar dari Istana kota yang diwarisi dinasti berabad lamanya.
Tidak ada toleransi dan kompromi dalam kerja kerja melupuskan sistem Kemaharajaan. 
Bagaimana sayu dan heningnya di benak Pu Yi.. melihat singgahsana yang dulunya dia berada disitu. Ditabal sebagai maharaja China sewaktu berumur 2tahun 8bulan. Pu Yi yang berusaha mendapatkan statusnya semula akhirnya tewas kepada tipudaya Jepun yang menabalnya menjadi Maharaja boneka di Manchuria. 
Pu Yi melalui pelbagai zaman daripada sebagai Maharaja, menjadi orang tahanan dan akhirnya menjadi rakyat biasa sistem komunis di Republik Rakyat China.. Tontonlah filem berbahasa Inggris ini, anda pasti mendapat pelajaran tentang kehebatan yang tidak kekal, tentang kehilangan yang tak kembali juga tentang peluang dan ruang yang ada perlu ditanggani dengan bijaksana dan berhemah.. Jom tonton


The Last Emperor.

Jumaat, 18 Mac 2016

Adnan Abu hassan : Al Fatihah

Adnan bin Abu Hassan (6 Januari 1959 – 18 Mac 2016)[1] merupakan seorang penerbit rakamanpenggubah lagupenulis lirik,penyanyi dan pemuzik yang sangat berpengaruh di Malaysia. Beliau juga mempunyai dua orang adik iaitu Azlan Abu Hassan dan Azman Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid, dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah . Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Bunga-bunga Cinta", "Camar Yang Pulang" dan "Di Persimpangan Dilema"
Beliau telah memenangi Anugerah Wirama pada tahun 2010 pada Anugerah Industri Muzik ke-17 atas kejayaannya dalam bidang rakaman. Beliau telah menghembuskan nafas yg terakhir pada pagi 18 mac 2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_Abu_Hassan

Antara barisan lagu komposer ini yang paling saya gemar adalah;