Filem yang baik ini mencapai kejayaan menang 2 Anugerah Oscar di Academy Awards iaitu lakon Layar Asal Terbaik (Matt Damon & Ben Affleck) dan kategori pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Robin Williams). Filem ini juga melonjakkan nama Matt Damon dan Ben Affleck menjadi bintang besar di Hollywood.
Selepas menonton filem ini saya tefikir hidup ini bukan hanya tentang diri sendiri. Tentang bagaimana mahu berjaya, bergerak ke depan, dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa bergantung pada sesiapa. Tapi semakin saya merenungi kehidupan, semakin saya sedar…setiap manusia yang hadir sebenarnya meninggalkan sesuatu dalam diri kita.
Ada orang datang memberi semangat. Ada yang datang mengajar erti kecewa. Ada yang hanya singgah sebentar, tetapi kesannya tinggal bertahun-tahun. Saya mula faham bahawa hidup manusia bukan perjalanan seorang diri. Seperti dalam Good Will Hunting, seseorang boleh jadi sangat bijak, sangat kuat, tetapi tetap perlukan manusia lain untuk melihat sisi dirinya yang dia sendiri tak nampak. Kadang-kadang orang yang menegur kita itulah yang menyelamatkan kita. Kadang-kadang orang yang menyakitkan kita itulah yang mematangkan kita. Dan kadang-kadang orang yang percaya pada kita… menjadi sebab kita terus berjalan.
Mungkin benar, semua orang ada peranan dalam hidup kita. Bukan semua hadir untuk kekal, tetapi semua hadir untuk meninggalkan pelajaran.Dan saya melihat manusia bukan sekadar “orang lain”…tetapi sebahagian daripada perjalanan yang membentuk siapa diri saya sebenarnya.
.jpg)
