Sabtu, 21 Jun 2014

Saudagar... menyentuh hati, menggusar iman.

Pulang dari solat hajat dan tahlil sempena 'melenggang perut' anak jiran sekampung kita cuba mencari- cari rancangan dalam Astro.. kebetulan rangkain Zee baru bermula dan credit tittle filem Saudagar baru bermula, dalam kredit tittle yang panjang itu kita tertarik untuk tidak beralih ke rangkaian lain adalah kerana banyak nama Islam yang terlibat dalam filem tersebut dikuatkan lagi dengan penyanyi latar seperti Lata Mangeskar, Asha Boshle, Kishore Kumar dan Manna Dey. Ya inilah nama- nama penyanyi yang sebenarnya seluruh penggemar filem hindi di dodoikan.
Filem keluaran 1973 ini dibintangi pelakon utama Amitabh Bachan sebagai Moti, Nutan sebagai Majubi, Padma Khana sebagai Phoolbanu dan beberapa pelakon lagi. Saudagar tidak memerlukan pelakon yang terlalu ramai dan ruang penggambaran yang luas. Kisah berdasarkan cerita benggali ini menceritakan seorang penggusaha nira kurma, kita boleh lihat bagaimana batang kurma ditakuk seperti pokok getah untuk mengeluarkan nira, bagaimana pokok kurma yang banyak tumbuh tetapi tidak ada satu pun pokok kurma tersebut dilihat mengeluarkan buah, mungkin kurma disitu semata- mata untuk hasil nira yang kemudiannya dijadikan seperti manisan dan dikeraskan untuk dijual di pasar.
Moti menjadi terkenal kerana jualannya adalah paling laris dan digemari orang ramai sehingga berebut- rebut orang ingin membeli setiap kali ia berjualan dan menimbulkan kehairanan peniaga lain. Rupanya rahsia kehebatan kek madu kurma tersebut adalah kepandaian tukang masak yang diupah oleh Moti yang bernama Majubi. Moti juga sangat digilai oleh gadis- gadis dan ramai yang cuba memikatnya tetapi suatu hari Moti telah terpikat dengan gadis bernama Phoolbanu sehingga Moti mengikutnya pulang ke rumah dan terus menyatakan hasratnya kepada ayah Phoolbanu. Ayah phoolbanu yang tidak mahu sejarah kakak Phoolbanu yag diceraikan walaupun meletakkan emas kahwin yang rendah telah mensyaratkan 500 rupee sebagai wang perkahwinan.
Setelah pelbagai iktiar dilakukan dan tidak ada orang yang sanggup meminjamkan duit kepada Moti akhirnya Moti mendapat akal untuk berkahwin dengan tukang masak nira kurmanya agar dia tidak perlu lagi membayar upah sebaliknya boleh mengumpulkan wang dengan cepat dan Majubi yang juga seorang janda akhirnya menjadi isteri Moti.
Sepanjang menjadi suami isteri Moti dan Majubi bekerja keras untuk mendapat keuntungan yang lebih tetapi akhirnya Moti menceraikan Majubi dan berkahwin dengan Phoolbanu selepas wang 500 rupee telah cukup, Majubi kembali ke rumah lamanya, selepas menghadapi tekanan perasaan Majubi menerima lamaran seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai tiga orang anak, Majubi dilayan dengan baik dan tidak perlu lagi bekerja keras untuk menyara hidup.

Manakala Moti pula mengalami kemerosotan dalam perniagaannya disebababkan nira kurma yang dimasak oleh Poolbanu tidak disukai oleh pembeli menyebabkan mereka dikelilngi hutang kerana jualan tidak laku, Poolbanu yang cantik dan muda itu ditunjuk jalan keluar oleh Moti daripada hidupnya dan Moti pula mencari dan merayu kepada Majubi untuk masakkan kek nira kurma, Phoolbanu menjejaki Moti dan rupanya Phoolbanu tahu bahawa Majubi adalah kakaknya..
Walaupun jalan ceritanya ringkas tetapi pergolakan jiwa kesemua watak ditambah dengan realiti kehidupan masyarakat benggali beragama Islam begitu menarik dan filem ini sangat sesuai sekiranya kita mahu melihat realiti masyarakat Islam sesetengah tempat di India. Kebanyakan pelakon memakai pakaian Islam dan sering mengucap salam mengingatkan kita bahawa Islam di India sebenarnya hanya tinggal kepada nama dan pakaian sahaja, Tidak ada digambarkan rumah penduduk mengamalkan solat lima waktu, bangun tidur bila matahari sudah segalah, tidak dititik berat soal pemakaian wanita dan paling ketara setiap rumah dan kaum lelaki sentiasa menghisap sejenis candu melalui balang. Barangkali inilah warisan maharaja Akhbar daripada kerajaan Moghul yang mana Islam, sikh dan Hindu sudah menjadi satu dalam agama Din Ilahi.