Khamis, 22 November 2012

JAB TAK HAI JAAN

Masih mengagumi raja cinta dalam filem.. Yash Copra. Filem terakhir arahan legenda cinta itu dijangka akan mendapat sambutan seperti filem Kush Kush Hota Hai.
Dengan dialog yang puitis dan persembahan perasaan yang terkesan Shah Rukh Khan diberi kepercayaan untuk memegang watak Samar iaitu seorang pemuda yang pendendam, panas baran dan mempunyai pelbagai emosi. Membawakan peranan sebagai tentera dan pemuzik.
Pertemuan cinta Samar bermula di medan tentera di Kashmir bila Akira (Anushka Sharma) yang membuat rancangan dokumentari untuk Discovery, menjadikan cinta segi tiga ini lebih menyayat hati adalah kerana Samar juga bertemu Mira (Katrina Kaif) sewaktu di London.. 
Selepas itu bermulalah babak babak yang sedih, gembira dan pilu filem tersebutt...