Selasa, 17 Disember 2013

Azean Irdawaty : Tiada Lagi Esok..

Seorang lagi pelakon hebat telah meninggal dunia, Azean Irdawaty 63 yang menderita penyakit barah akhirnya menghembus nafas terakhir jam 8.25 malam 17/12/13 di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Azean yang saya kenal adalah pelakon yang punya aura dan karisma tersendiri, tidak semua produksi yang sanggup mengambilnya berlakon bukan hanya kerana beliau mempunyai gred tersendiri tetapi pengarah segan dengan komitmen dan kemampuannya menghidupkan lakonannya yang bermakna pengarah mesti bersedia untuk bekerja dengan pelakon hebat dan berprinsip. Azean juga amat menyanyangi anaknya Benjy yang kadangkala dilihat emosi bila melibatkan pihak berkuasa yang sedikit sebanyak menyebabkan Azean semakin goyah untuk melawan penyakitnya.
Kak Azean yang saya kagumi melalui filem 'Esok Masih Ada' sukar untuk ditemui dalam keadaan biasa.. beliau kuat bekerja dan suatu masa begitu tekun menjalankan perniagaan jualan langsung, dan saya pernah bersama dramatis tersohor mendapatkan Kak azean untuk membeli produk Amway daripadanya.. kehilangan Azean adalah kehilangan nama besar dalam industri filem dan drama tanah air.. Al- fatihah.

Gambar hari- hari terakhir arwah di hospital.. senyumannya diingatan.