Selasa, 17 Disember 2013

Azean Irdawaty : Tiada Lagi Esok..

Seorang lagi pelakon hebat telah meninggal dunia, Azean Irdawaty 63 yang menderita penyakit barah akhirnya menghembus nafas terakhir jam 8.25 malam 17/12/13 di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Azean yang saya kenal adalah pelakon yang punya aura dan karisma tersendiri, tidak semua produksi yang sanggup mengambilnya berlakon bukan hanya kerana beliau mempunyai gred tersendiri tetapi pengarah segan dengan komitmen dan kemampuannya menghidupkan lakonannya yang bermakna pengarah mesti bersedia untuk bekerja dengan pelakon hebat dan berprinsip. Azean juga amat menyanyangi anaknya Benjy yang kadangkala dilihat emosi bila melibatkan pihak berkuasa yang sedikit sebanyak menyebabkan Azean semakin goyah untuk melawan penyakitnya.
Kak Azean yang saya kagumi melalui filem 'Esok Masih Ada' sukar untuk ditemui dalam keadaan biasa.. beliau kuat bekerja dan suatu masa begitu tekun menjalankan perniagaan jualan langsung, dan saya pernah bersama dramatis tersohor mendapatkan Kak azean untuk membeli produk Amway daripadanya.. kehilangan Azean adalah kehilangan nama besar dalam industri filem dan drama tanah air.. Al- fatihah.

Gambar hari- hari terakhir arwah di hospital.. senyumannya diingatan.

Selasa, 22 Oktober 2013

Siang Terbayang Malam Merindu... Al fatihah

Antara artis jelita yang sentiasa menjadi tumpuan sepanjang zaman adalah Allahyarhamah Noreen Noor yang. Artis berperwatakan manja ini tahu menjaga reputasi dan penampilan walaupun tahun- tahun kebelakangan seperti menyepi daripada dunia hiburan. Noreen Noor merupakan salah seorang penyanyi serta pelakon dari Singapura sekitar tahun 1980-an. Beliau juga pernah memenangi satu pertandingan nyanyian ketika berusia lima tahun dan ketika berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk "Kepastian" bersama syarikat rakaman Columbia Broadcast System (CBS) yang juga langkah pertamanya dalam bidang seni. Antara album yang dikeluarkan selepas itu ialah "Dariku Untukmu", "Air Mata dan Sunyi". Lagu-lagu beliau juga seringkali dimainkan di radio seperti lagu "Siang Terbayang Malam Merindu".

Selain daripada bernyanyi, beliau juga pernah menceburi bidang perfileman. Lakonan pertamanya berjudul "Talak" pada tahun 1980. Antara filem lain yang dibintangi beliau adalah seperti "Hantu Siang", "Wira Angkasa" dan "Pelumba Malam http://ms.wikipedia.org/wiki/Noreen_Noor
kali terakhir berbual dengan arwah tidak saya ingat.. yang melekat diingatan adalah wajahnya yang tak jemu dipandang.

Ahad, 28 Julai 2013

BAWANG Putih (Umi) bermaafan dengan Bawang Merah (Latifah) sewaktu pertemuan terakhir mereka, Mac lalu.. kini mereka berdua di alam barzakh : Al fatihah.. 

Foto

inilah wajah yang melakonkan cerita rakyat yang selalu diperdengarkan kepada anak- anak suatu masa dulu.... kita kisahkan juga sumbangan dan jasa mereka dalam membentuk masyarakat..

Selasa, 11 Jun 2013

Latifah Omar mengiringi pemergian S. Shamsuddin..

Dalam minggu yang sama pencinta filem Melayu telah kehilangan dua nostalgia kebangaan dan lagenda negara iaitu  Sahamsudin bin Dali atau lebih dikenali sebagai S. Shamsudin (1 Januari 1929 - 4 Jun 2013) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal semasa 1950-an & 1960-an.[1] Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem. S. Shamsuddin telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Haris. Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Telah berlakon beberapa filem antaranya Bujang LapokAntara Dua Darjat dan Panggilan Pulau ms.wikipedia dan Latifah Omar pula merupakan seniwati filem Melayu hitam-putih yang terkenal pada era 1950-an hingga 1970-an. Pada tahun 1953, beliau telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan ratu cantik Singapura ketika itu. Tuah menyebelahi beliau apabila memenangi gelaran tersebut. Pelbagai tawaran pekerjaan ditawarkan kepada beliau kesan daripada kemenangannya itu.Beliau telah meninggal dunia pada 9 Jun 2013 kira-kira pukul 6.19 petang di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke HUKM seminggu sebelumnya akibat kanser usus http://ms.wikipedia.org/wiki/Latifah_Omar

S. Shamsuddin terlebih dahulu melibatkan diri dalam dunia perfileman pada tahun 1950 dalam filem Aloha dan terus aktif di dunia lakonan dan cukup serasi bersama Aziz Satar dan P. Ramlee hinggalah filem terakhirnya yang masih menawarkan lakonan kepada beliau adalah filem 'Eee.. Hantu' pada tahun 2010. Manakala latifah Omar pula masuk ke layar perak dengan Panggilan pulau dan mengucapkan selamat tinggal kepada bidang seni selepas filem terakhirnya 'Hati Batu' tahun 1973 yang mana pada waktu itu juga pasangan skrin yang paling ideal dan menjadi chemistry antara mereka iaitu Seniman Nordin Ahmad meninggal dunia pada usia 39 tahun filemklasikmalaysia 

Kedua insan sangat berbakat ini terlalu banyak mendidik dan dan menjadi ikon kepada masyarakat di zaman kemasyuran filem Melayu.. kedua mereka pertama kali bertemu bersama dalam filem "Panggilan Pulau" bersama manusia genius Tan Sri P. Ramlee. Kita kehilangan lagi bakat seni semula jadi dan bersahaja S. Shamsuddin, kita juga akan terus merindui wajah jelita Melayu asli latifah Omar..

Ahad, 17 Februari 2013

Dunia mengenali Kuswadinata melalui Beyond Rangoon


Pemberontakan 8888 berlangsung di YangonMyanmar pada 8 Ogos 1988 dan berakhir pada 19 September 1988. Pemberontak yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti mahukan demokrasi selepas satu rampasan kuasa tentera berdarah. Selepas krisis itu,pemimpin pembangkangAung San Suu Kyi menjadi ikon rakyat Myanmarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pemberontakan_8888 Pada 1995, filem Beyond Rangoon telah diterbitkan untuk menceritakan kisah yang dikatakan benar- benar berlaku. Apa yang hendak ditonjolkan dalam filem tersebut adalah penglibatan seniman Kuswadi Bin Bujang atau lebih dikenali dengan Kuswadinata yang baru sahaja meninggalkan kita dengan kenangan- kenagan dan asam garam kehidupan manusia yang dilukiskan melalui lakonannya.
Selain filem antarabangsa tersebut Kuswadinata menghidupkan wataknya dengan baik dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan meninggalkan kenangan yang menggelikan hati adalah gelagatnya sebagai lelaki berkahwin dua dalam Seniman Bujang Lapok...