Selasa, 24 September 2019

Poldark


Rupanya siri Poldark sudah masuk musim ke 2, beberapa bulan lalu setiap malam saya akan menonton siri ini di rangkaian Iflix, Malam ini saya lihat Siri Poldark musim 1 masih ada lagi.. rasa nak tonton semula kisah yang menarik ini. Poldark musim 1 bermula dengan kembalinya Ross Poldark daripada perang kemerdekaan Amerika, Kapten Ross Poldark kembali ke Cornwall Kepulanganya yang membuatkan keluarganya terkejut kerana menyangka dia sudah mati dalam perang. Ross Poldark dikejutkan dengan kematian ayahnya, perebutan harta keluarga, rumah warisan yang tidak terurus, dan juga kekasihnya Elizabeth yang akan berkahwin dengan sepupunya francis, mendiang ayah Ross Poldark, Joshua meninggalkan lombong tembaga yang banyak menimbulkan konflik dengan pesaing terutama daripada Warleggan yang licik dan ingin menguasai indusri lombong tembaga.

Siri Poldark adalah berdasarkan novel oleh Winston Graham ia tentang golongan elit, pengusaha lombong dan tuan tanah di zaman Victoria, kita dipersembahkan dengan kisah bersahaja tetapi menjadi menarik dengan jalan cerita tentang keunggulan lelaki bernama Kapten Rose Poldark yang cekal dan berpendirian walaupun terpaksa menghadapi kesukaran, pengkhianatan dan rintangan dalam meneruskan matlamat.

Anda akan tertarik dengan watak - watak di sekeliling Ross Poldark seperti Demelza isterinya, Elizabeth kekasih sepanjang hidupnya, pesaing dan musuhnya dalam perniagaan dan peribadi George Warleggan, pembantu dan rakan dalam susah senang Dr Dwight Enys serta Varity Blamey , Anda juga akan dapat menerima tindakan oleh watak- watak yang kadang kala menjadikan yang baik akan lakukan benda yang tidak baik serta watak jahat akan membuat kebaikan dalam sesuatu hal sesuai dengan emosi dan pergolakan watak.

Siri Poldark juga membuatkan kita tertarik dengan keindahan Cornwall di tepi laut bertebing tinggi serta padang rumput yang luas, Salah satu yang menjadi perhatian untuk saya menonton siri ini juga adalah kerana tertarik dengan latar zaman iaitu 1781 - 1801 yang menampilkan kostum pakaian ala kolonial yang mana jaket panjang selalu menjadi ikutan oleh penyanyi atau band Rock serta topi segi tiga yang mengingatkan kepada zaman penjelajah lautan dan penemuan tanah baru.

keadaan yang paling terkesan dalam ingatan saya adalah ketenangan Ross Poldark menolak dengan penuh berhati hati dan berpendirian bila ditawarkan untuk dicalonkan dalam pilihanraya walaupun ketika itu dia adalah individu paling dikenali dan popular di Truro dan Cornwall

Tindakan Ross Poldark pada suatu malam yang kembali bersama Elizabeth dan hampir berkahwin dengan kekasihnya tetapi tidak terjadi bila Demelza berjaya membuatkan Ross Poldark dalam dilema dan Elizabeth tiada pilihan menerima George Warleggan sebagai suami keduanya, Saya juga tidak menjangka bahawa watak Demelza menyerah maruahnya setelah terjerat dengan simpati serta kasih sayang kepada Hugh Armitage anak saudara kepada bangsawan yang dihormati yang diselamatkan oleh Ross Poldark dari penjara di Perancis bersama Dr Enys.


Kisah daripada novel biasanya adalah bermutu tetapi jarang pengarah dan pelakon boleh menjadikan ia sebagaimana dalam novel, siri Poldark ini ternyata begitu popular di seluruh dunia berdasarkan jumlah tontonan.  

SeriesEpisodesOriginally airedAverage UK viewers
(millions)
First airedLast aired
188 March 201526 April 20158.11
2104 September 20166 November 20166.94
3911 June 20176 August 20176.68
4810 June 201829 July 20186.11
5814 July 201926 August 20195.50