Selepas berjumpa dengan rakan yang tak jumpa lebih 20 tahun di Langkawi minggu lalu, hari ini seorang lagi rakan yang pernah kerja satu production datang ke rumah. Boe datang bersama keluarga sambil bercuti di Kelantan. Boe atau nama sebenarnya adalah Azhar Yatim adalah seorang jurukamera yang juga digelar Director Of Photoghraphy (DOP) Filem dan Tv yang pernah memenangi anugerah jurukamera terbaik kalau tak silap untuk Telefilem arahan Razak Mohaidin berjudul 'Semarai' .
Boe adalah ketua unit penggambaran kami, dia pernah melatih saya untuk menjadi seorang jurukamera profesional, tetapi saya menerima pelawaan menjadi editor, selepas itu kami tidak lagi bekerjasama kerana unit penggambaran adalah di lapangan dan editor pula kerja di studio, sehinggalah kami semua bekerja freelance dan membawa haluan masing masing.
Beberapa tahun lalu saya mendapat berita dia sudah berhijrah ke Amerika dan bekerja di Hollywood kini katanya dia tidak lagi di Hollywood tetapi bekerja dibawah Warner Bros yang beroperasi di New Zealand . Hari ini kami berbual panjang. Selepas makan saya bekalkan kelapa muda serta membawa anaknya yang nak melihat kambing. Isterinya Yunie Yunos yang juga penerbit dan penyampai radio di JAKIM bertanya sama ada saya nak masuk semula ke dalam industri, saya berkata zaman dah tak sama macam dulu, saya sudah tak mampu mengejar teknologi, apabila diberitahu oleh Boe bahawa saya tahu membuat skrip, dia seperti berminat untuk mendapatkan skrip radio dan berjanji akan berhubung lagi.
Saya pernah minta Boe hantar poskad untuk saya, sebenarnya saya juga mengumpul stem jadi saya cuma nak stem dari US. Mungkin dia ingat lagi permohonan saya itu jadi sebelum pulang Boe berikan stem magnet..
Selepas solat zohor berjemaah Boe meminta diri, InsyAllah ada rezeki jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan