Queen satu nama kumpulan musik yang begitu terkenal dan menjadi lagenda bersama Freddie Mercury sebagai penyanyi dan penggubah lagu lagu yang menjadi sangat mempengaruhi dan berinspirasi sepanjang zaman seperti We Are The Champions & We Will Rock You yang terus menjadi Inspirasi terutama dalam arena sukan.
Freddy Mercury juga dianggap genius apabila menghasilkan lagu yang sukar dengan not yang unik seperti Bohemian Rhapsody malahan ia menjadi lagu yang sentiasa dikaji dan diperdebatkan oleh pelajar muzik dan keagamaan, lagu ini tidak sunyi dikaitkan penglibatan kuasa ghaib atau syaitan, rangkap kata Galileo, Bismillah, Mama Mia dan Beelzebub sering ditunggu. Lagu ini banyak dikupas dan anda dapat membaca tentang lagu Bohemian Rhapsody ini di banyak blog tetapi jangan terpengaruh dengan tafsiran yang pelbagai gunalah pemahaman dan kepercayaan anda sendiri.
Sewaktu makan di kedai nasi kukus berdekatan dengan rumah, terjumpa seorang kawan yang bekerja sebagai guru, dia begitu gembira bila cuti sekolah.. memang nampak sangat rasa kegembiraanya, selepas makan saya mengajak ke rumah sambil berbual pelbagai topik dengan seorang lagi kawan rapat sementara menunggu cucu- cucu sampai.
Saya mempunyai beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru, ada juga yang mengambil kesempatan untuk melancong, termasuklah anak dan menantu yang akan ke Bandung jadi saya menjaga 3 orang cucu seorang diri kerana waktu ini isteri saya juga pergi melancong hampir sebulan ke Eropah dan Balkhan disebabkan masa yang lama dan saya ada memelihara ternakan jadi saya memilih untuk berada di rumah saja lagipun musim cuti ini anak saya yang belajar tahun 3 di Universiti Petronas akan pulang kerana cuti semester. Sebelum ini sewaktu anak di sekolah menengah saya juga membawanya melancong setiap hujung tahun kebiasaannya hanya ke Indonesia dan kerana kewangan terhad hanya sekali saya membawa ke Korea selain menjadi kemestian sejak darjah 3 lagi dia akan berseorangan terbang ke Sabah kampung neneknya.
Disebabkan musim cuti ini adalah cuti hujung tahun, hujan turun setiap hari terutama sebelah petang, boleh dikatakan setiap hari juga saya seronok mandi hujan sambil melakukan kerja kerja sekitar rumah, seperti selalu saya katakan bahawa saya menggemari hujan dan rasa bersemangat melakukan kerja dalam basah, air hujan seperti memberi kekuatan. Kebiasaan ramai tidak tertarik dengan hujan mungkin juga anak zaman ini difahamkan bahawa hujan itu deman dan sakit jadi anak cucu saya juga tidak mesra air hujan. Cucu yang mulanya bersama saya memberi makan kambing biri- biri dan lembu pun lari masuk terperap dalam rumah menonton rancangan kartun di Iflix.
Kegembiraan kerana cuti daripada kerja selalu juga menjadi tajuk lagu- lagu dan yang spontan boleh saya ingat adalah lagu berjudul "Holiday" oleh Boney M dan Scorpion dengan judul sama. Seperti yang saya tuliskan di born to touch your feelings menyatakan bahawa saya adalah penggemar kumpulan Rock Ballad. Dan yang menjadikan ia begitu sedap di dengar adalah disebabkan pelat lidah Jerman yang menyanyikan lagu Inggris oleh vokalis Klaus Maine disokong dengan ton suara melankolik.
Kepada rakan- rakan dan kenalan walau di mana berada saya ucapkan Selamat Bercuti dan sayangilah orang di sekeliling kita jadikan kasih sayang lebih erat bersama percutian yang harmoni..
Masa alam persekolahan memang banyak kenangan manis.. ada yang mempunyai kenangan sebagai pelajar cemerlang, pelajar disukai guru, pelajar popular, atlit sekolah, juara dalam mengharumkan nama sekolah dan sebagainya dan tak kurang juga pelajar yang sering menjadi bualan kerana kenakalan, kuat bercinta, kaki buli, sering bergaduh dalam sekolah, selalu kena tangkap kerana merokok dan seumpamanya..
Saya juga ada kenangan yang masih kekal menjadi ingatan dan rasanya baru sahaja berlalu.. Satu daripadanya adalah kesukaan kepada muzik.. walaupun saya tidak pernah membuat penampilan seperti membuat persembahan nyanyian namun saya sangat mudah dapat menjiwai lagu lagu.. mungkin ini warisan daripada bakat Ibu yang masa mudanya adalah seorang penyanyi di pentas pentas majlis juga sekali sekala di radio.
Sejak sekolah rendah saya mempunyai sebuah buku yang ditulis dengan lagu lagu yang popular waktu itu. Saya boleh ingat dengan cepat setiap lagu yang ditulis dan sehingga kini walaupun saya baru dengar sesebuah lagu saya akan boleh cepat menyanyikannya dengan agak baik.
Waktu di tingkatan enam saya ke sekolah dengan motosikal Suzuki Jet yang telah diubahsuai dan ranggi..
lepas waktu sekolah terutamanya waktu malam saya kerap melepak dengan kawan baik yang waktu itu kerja menjaga ternakan ayam daging, kini kawan ini sudah menjadi guru.. bersama gitar tongnya kami melalak sambil menikmati ayam goreng.
Dengan sebuah Walkman saya akan mainkan kaset dalam perjalanan ke sekolah kerana jarak hampir 20km dari rumah selalunya dapatlah menghabiskan satu pusingan kaset.. sampai dalam kelas saya dah boleh lagukan apa yang didengar melalui headphone di telinga dan yang paling saya ingat adalah lagu dari kumpulan lagenda Scorpion, selain lagu You and 1, Wind of change, Is There Anybody There, Still Loving You, Alway Somewhere adalah lagu Born To Touch Your Feelings..
lagu ini paling terkesan dan membuai dalam banyak banyak lagu ballads oleh Scorpion. Saya percaya ramai yang menyukai dan boleh mengalunkan dengan baik.
Kisah yang cukup menarik dan menjadi impian sebilangan kanak- kanak, bayangkan kita mempunyai "lidah masin" yang boleh menghidupkan watak dan suasana dalam sebuah buku menjadi realiti. Waktu dua anak perempuan saya masih kecil saya sering menyanyi lagi kanak- kanak seperti Ba Ba Black Ship, Jack and Jill, Kereta Kecil Warna Merah, Bangau Oh Bangau juga membaca buku cerita rakyat untuk mereka, jadi bila Filem ini bermula dengan membaca buku cerita kepada anak kecil ia membuatkan saya terus menontonnya.
Inkheart menceritakan Mortimer Folchart yang secara tidak sengaja membaca buku dengan lisan dan menjadikan setiap watak dalam buku berjudul Inkheart turun ke dunia tetapi dalam setiap watak yang menjelma akan memerlukan watak lain untuk masuk ke dalam buku, dalam peristiwa ini isterinya Resa sendiri ditarik masuk ke dalam buku menyebabkan Mortimer berikhtiar untuk membawa pulang isterinya Mortimer berjanji tidak mahu lagi membaca buku secara lantang dalam masa yang sama ia diburu oleh watak dalam buku yang mempunyai kepentingan masing- masing seperti Capricon dan Dustfinger. Dalam pengembaraan bersama anak perempuanya, rupa rupanya anaknya juga memiliki kebolehan sepertinya. kelebihan ini menyebabkan anaknya turut menjadi mangsa watak- watak jahat dalam Inkheart.
Filem ini mampu memupuk kesukaan membaca buku, saya tertarik dengan usaha watak Mortimer dan anaknya Maggie dalam mencari buku- buku lama dan saya juga pernah berimpian mempunyai sebuah perpustakaan di rumah sebagaimana yang dimiliki oleh Elinor Loredan Bila melihat keseronokan membaca ia mengingatkan bagaimana saya pernah menyukai aktiviti membaca. Dan waktu zaman sekolah dulu saya bukanya dari kalangan anak anak yang pandai tetapi saya suka membaca buku teks berulang kali, walaupun saya tidak masuk kelas tuisyen, saya tidak ada buku rujukan, saya selalu ponteng kelas, saya tidak suka menulis buku latihan, saya banyak tidur dalam bilik darjah tetapi saya sentiasa dapat cemerlang dalam setiap peperiksaan utama. sehingga kini saya selalu berpesan kepada anak anak agar baca buku teks.
Dalam Inkheart penulis bukunya sendiri turut terlibat dengan pengembaraan bersama watak watak ciptaannya, akhir sekali dia terpaksa membantu Mortimer untuk melawan kejahatan dan berusaha menulis kembali beberapa plot dalam Inkheart bagi menghalang bencana yang lebih besar oleh The Shadow
Filem ini berasarkan kisah dewa dewa orang Mesir. Dewa yang menjadi kepercayaan pernah hidup bersama manusia di Mesir satu ketika dahulu. Kisah bermula pada masa upacara perlantikan dewa Horas untuk menjadi raja seluruh Mesir. Pada saat itu manusia yang bercinta iaitu Bek.. dan Zaya akan menghadiri upacara pertabalan.
Horas adalah anak Osiris yang memerintah sepanjang sungai Nil, bapa saudaranya adalah dewa Set yang diberi tugas memerintah seluruh padang pasir. Pada hari pertabalan para dewa dewa Mesir semua hadir memberi hadiah dan penghormatan bersama lautan manusia yang menjadi rakyat. Perlantikan Horas ditentang oleh dewa Set, berlakulah perbalahan, Osiris di bunuh dan Horas dicungkil matanya kemudian dihalau ke padang pasir oleh Set.
Pemerintahan dewa Set yang zalim menyebabkan ramai dewa dewa membantah tetapi semuanya dihapuskan oleh Set. Bek yang merupakan seorang manusia yang dilamun cinta dengan Zaya terlibat dalam persengketaan para dewa, Bek mencuri satu mata Horas yang disimpan di satu tempat yang dikawal ketat dengan bantuan Zaya, tindakan itu menyebabkan Zaya terbunuh, Bek meminta bantuan Horas untuk mengembalikan semula Zaya ke dunia.
Kisah God Of Egypt ini juga menceritakan perjalanan roh orang mati yang melalui pelbagai peringkat perjalanan di akhirat dengan diiringi malaikat yang diberi nama Anubis. Di akhir perjalanan manusia diminta memberikan ganjaran kepada penjaga titian dalam bentuk harta atau apa saja yang lebih berat daripada sehelai bulu burung yang di timbang di atas dacing, timbangan yang berat akan membawa ke tempat yang bahagia dan yang ringan atau tiada apa- apa sumbangan akan hancur berakhir kehidupan mereka.
Horas yang sudah ada sebelah mata telah merayu dan memohon bantuan datuknya iaitu Dewa Ra yang menguasai matahari. Selepas mendapat keizinan datuknya bermulalah perjalanan Horas bersama Bek untuk mendapatkan sebelah lagi matanya bagi menghadapi dewa Set, dalam perjalanan ini mereka ditemani oleh dewa cinta Hathor yang lari daripada pengaruh Set, dewa cinta membantu Bek untuk masuk ke alam kematian berjumpa Zaya.
Kezaliman dewa Set mencapai kemuncak bila dia berjumpa ayahnya Ra, terjadi pertengkaran dan perbalahan hingga Ra tewas kepada Set, Mesir menhadapi bencana, sungai Nil diancam oleh raksasa galaksi jahat, dalam kekalutan ini Horas bersama Bek berlawan dengan dewa Set akhirnya dewa Set tewas, Mesir kembali aman.
Apa yang menarik selepas dewa Horas memerintah manusia, dia telah menetapkan bahawa setiap kematian tidak dinilai berdasarkan harta yang dibawa bersama tetapi amalan kebaikan dan jasa yang menentukan nilai yang akan ditimbang di neraca akhirat.
Sebelum ini saya pernah menyentuh tentang kesukaan saya pada dunia rockers, salah satunya saya selitkan pada karektor gusti profesional iaitu di Rock Duniaku, semalam saya melihat kembali video- video lama Wrestling WWF yang kemudiannya menjadi WWE, NWA dan juga ECW sejak saya bersama arwah ayah menonton siaran gusti rasanya ditahun- tahun 1986/87 nama pengusti handalan di WWF seperti Hulk Hogan, Undertaker, Ultimate Warrior, Andre The Giant manakala di NWA pula pengusti seperti Ric Flair, Lex Luger, Sting serta Four Horseman adalah watak yang digeruni sementara di ECW para pengustinya tidaklah menonjol sangat dan tidak pasti adakah Cactus Jack daripada kelab ini. Selepas itu kebanyakan para pengusti menyerbu dan menyertai WWE milik keluarga Vince Mc Mahon.
Kebanyakan watak watak pengusti yang digemari adalah pengusti yang baik- baik dan tidak ganas. Walaupun begitu seorang pengusti yang dikira berada di kem jahat telah menjadi kegemaran saya, saya tertarik dengan gaya Raja Rock and Roll, Elvis Presley iaitu Honky Tonk Man.
Honky Tonk Man dengan karekter muzikal bersama gitar tong dan diiringi oleh pengurusnya Jimmy Hart yang bermulut celupar tidak berpisah dengan pembesar suara hella, gitar dan pembesar suara inilah yang selalu dijadikan senjata. Gelagak Honky Tonk Man ini selalu juga saya lakonkan bersama dua orang kawan yang mempunyai minat yang sama sewaktu di dalam kelas, seorang menyukai Million Dollar Man Ted Dibiase yang mana mangsanya akan disumbat wang ke dalam mulut setiap kali memenangi perlawanan seorang kawan lagi meminati Hacksaw Jim Duggan yang selalu membawa kayu 2x4 ke dalam gelanggang.
JUST A HONKY TONK MAN
I got long sideburns And my hair slicked back I'm gonna do your town in my pink cadillac I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man I'm cool, I'm cocky, I'm bad I pick a mean guitar I wear blue suede shoes You're gotta hear me sing the snakeskin blues I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man I'm cool, I'm cocky, I'm bad Roll over Elvis, let the Honky Tonk Man show you how to rock n' roll Elvis Who? He wouldn't get a tune if it had handles on it. Ooooooh, have mercy, baby Let the Honky Tonk Man pick that guitar It's Honky Tonk Mania runnin' wild I got Peggy Sue behind me The colonel's in the back I'm gonna do your town in my pink cadillac I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man I'm cool, I'm cocky, I'm bad I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man (he's a Honky Tonk Man) I'm just a Honky Tonk Man I'm cool, I'm cocky, I'm bad I'm just a Honky Tonk Man I'm cool, I'm cocky, I'm b-b-b-b-b-b-b-b-bad
Hari ini 29 Mei adalah hari ulang tahun lagenda seniman Agung P. Ramlee meninggalkan kita pada tahun 1973. Telah ramai yang bercerita dan telah banyak cerita- cerita kehebatan dan liku liku hidup insan teristimewa ini. Inilah satu nama dan satu idola yang boleh dikatakan menjadi panduan, ikutan dan impian setiap orang yang terlibat dengan seni terutama seni lakon dan nyanyian.
Saya antara orang yang tidak berkesempatan hidup sezaman dengan Allyahyarham, tetapi saya beruntung kerana masih diberi peluang untuk bersama rakan rakan Allahyarham yang masih hidup, banyak kisah kisah dan sentuhan yang ditinggalkan oleh Allahyarham menjadi pegangan rakan- rakannya.
Di mana kan ku cari ganti : Saloma & Nasir P. Ramlee
Hari ini saya tidak lagi bersama rakan rakan Allahyarham dan saya juga tidak tahu masih adakah lagi rakan rakan itu atau semuanya sudah kembali ke rahmatullah mengikuti jejak Allahyarham P. Ramlee ke alam barzakh.
Hanya satu sahaja kenangan yang barangkali boleh saya simpan sebagai satu diari hidup masa remaja dulu. Saya sangat rapat dengan keluarga bekas Isteri Nasir P. Ramlee iaitu dramatis Rashidah Jaafar yang juga membesarkan 5 orang anaknya Natasha (syasha) dan Nadia (Najua) adalah anak dengan Nasir P. Ramlee manakala Alid, Alis dan Alida pula anak perkahwinan keduanya dengan komposer A. Ali.
Natasya, Najua dan mama mereka, Gee
Rashidah Jaafar atau Gee adalah seorang ibu yang gigih dan tegas dalam menjaga anak- anaknya biarpun tanpa suami, dia saya anggap sebagai kakak saya dan di rumah dialah saya menghabiskan hari hari cuti, kerana keakraban itu saya diberi kepercayaan untuk menjaga anak- anaknya sekiranya dia sibuk atau hendak ke mana mana. Waktu itu Shasya dan Nadia masih bersekolah rendah manakala 3 adik adiknya yang lain belum pun bersekolah dan yang paling bongsu iaitu Alida selalu saya dukung bila kami ke mana- mana. Masa kecil, Nadia dan Shasha sangat comel, mereka berdua sering saya bawa berjalan- jalan sekitar KL dan bawa naik bas ke sesuatu tempat, waktu itu tiada siapa mengenali dua anak perempuan comel ini. Bila anak- anaknya meningkat remaja saya sering mendengar ibunya merungut tentang badan anaknya yang juga semakin berisi...
Itu kenangan lama yang tak mungkin akan berulang lagi, saya juga sudah lama tidak menjejaki keluarga mereka dan kini saya hanyalah sekali- sekala menanya kabar melalui FB milik Najua.
Hari ini bila mengingati P. Ramlee saya juga tidak dapat tidak akan teringatkan 2 cucu cucunya yang pernah mesra dalam jagaan saya . Saya juga berharap keikhlasan saya dalam hubungan dengan darah dagingnya sedikit sebanyak dapat memberikan senyum kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di sana. Al- Fatihah.
Satu filem oleh John Gress yang sangat dibimbangi oleh seluruh agama dan kerajaan di dunia. Sama ada ia menceritakan kebenaran atau ia sekadar penyelewengan sejarah manusia dan tuhan yang jika diluluskan tayangan akan menyebabkan seluruh dunia berada dalam persoalan baru yang berkemungkinan memberi kelebihan terutamanya golongan aties yang tidak mempercayai kewujudan tuhan juga menyebabkan teori Charles Darwin berkaitan manusia berasal daripada monyet pun turut tertolak.
1 Anunnaki hanya boleh dilihat melalui poster dan sedikit video promosi sahaja. Umum tidak akan dapat melihat filem ini kerana ia diharamkan di seluruh dunia, biarpun ia berkali- kali ditapis oleh penerbitnya filem ini tetap ditolak untuk tayangan umum malahan filem asal tidak ada dalam Internet pun, dalam youtube tidak dijumpai. Hanya pengarah dan penerbit yang tahu dimana filem ini berada dan disimpan.
Untuk memahami filem ini disarankan agar membaca buku tulisan Zecharia Sithin sahaja iaitu 'The 12th planet' berkenaan planet Nibiru dan beberapa buku lain berkenaan asal usul manusia. Filem 1 Anunnaki telah diterjemahkan oleh John Gress secara terperinci di skrin, ia sebuah filem yang panjang dan terbahagi kepada 3 bahagian, dipercayai selagi manusia menerima kewujudan tuhan selagi itulah filem ini tidak akan ditayangkan dan kemungkinan akan dimusnahkan.
Saya mencadangkan sekiranya ingin memahami dan menilai kebenaran apa yang terdapat dalam 1 Anunnaki bacalah kisah Nabi Ibrahim as, kisah Raja Namrud dan rujuklah Al Quran yang telah banyak terbukti kebenarannya dalam apa juga persoalan manusia.