Selasa, 18 Ogos 2015

Karim Latiff

Beliau menceburi karier seni seawal usia lapan tahun sebagai penyanyi, Karim pernah memasuki pertandingan Bintang Radio pada 1950-an hingga ke peringkat akhir, namun nasib tidak menyebelahinya.
Beliau kemudiannya mengikuti kumpulan Sandiwara Suria Negara dan menjelajah seluruh negara dengan mengadakan pementasan drama serta nyanyian.
Pun begitu, disebabkan minat mendalam terhadap lakonan, dia berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura seorang diri ketika berusia 18 tahun untuk mengejar cita-cita bergelar bintang.
Waktu itu beliau ditawarkan watak sebagai pelakon pembantu oleh Allahyarham A R Tompel di bawah syarikat miliknya, Sandiwara Kencana dengan bayaran RM3 sehari. Dari situ, beliau mula berlakon drama TV pada 1964 dan antara drama yang mempopularkannya seperti siri Keluarga Tompel dan Potret Pekerti. Beliau paling dikenali menerusi filem Ahmad Albab memegang watak Safar pada 1968.
Pada masa sama, beliau bekerja di RTM sebagai pengalih suara untuk filem. Selepas muncul sebagai anak wayang, beliau mendapat banyak tawaran daripada Merdeka Studio. Antara filem lakonannya ialah Sumpah Pontianak, Samseng, Selendang Delima, Mashuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, Lain Jalan Ke Syurga serta Amuk Tok Nadim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan