Khamis, 19 Julai 2012

Rajesh Khanna meninggal dunia..

NEW DELHI – Bintang filem Bollywood, Rajesh Khanna meninggal dunia di Mumbai.Beliau berumur 69 tahun. Media India melaporkan beliau meninggal akibat kanser.Rajesh Khanna yang berkahwin dengan heroin filem Bobby, Dimple Kapadia berlakon dalam lebih 160 buah filem termasuk yang terkenal Kati Patang, Aaradhana, Andaz, Haathi Mere Saathi dan Amar Prem.Khanna dan bekas isterinya Dimple mempunyai dua orang anak perempuan Twinkle Khanna yang berkahwin dengan aktor Akshay Kumar dan Rinke Khanna yang berkahwin dengan ahli perniagaan Sameer Saran.Badan Penyiaran British (BBC) turut menghasilkan filem mengenai beliau bertajuk Bombay Superstar pada 1974.Sebuah buku teks Universiti Bombay turut mengandungi esei mengenai beliau bertajuk The Charisma of Rajesh Khanna.
Hilang sudah lagenda yang suatu masa menjadi igauan dan ikutan muda mudi 70an yang mungkin dikalangan mereka kita dan ibu bapa kita sering berkunjung ke panggung wayang suatu masa dulu.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan