Isnin, 15 Disember 2014

Mustafa Maarof.... seorang patriotik

Perginya seorang demi seorang anak seni yang begitu tebal semangat patriotiknya.. jika hendak dibandingkan dengan artis hari ini tidak banyak yang mempunyai jiwa tebal kecintaan kepada negara. hadirnyanya saya dalam waktu yang tidak lama bersama mereka yang pernah menjadi penghibur dan penghias waktu membesar tidak akan saya lupakan susuk badan yang berkarisma dan tampan setiap kali ada majlis yang dianjurkan terutama oleh pihak persatuan, kerajaan mahupun penerbit filem.. Datuk Mustafa Maarof.. Al Fatihah.

Isnin, 22 September 2014

Braveheart dan Scotland

Punggutan suara di Scotland telah dimenangi oleh pihak yang menolak kemerdekaan scotland dengan 55.4% tidak mahu berpisah manakala 44.6% katakan ya kepada berpisah, rakyat telah bersuara untuk kekal dalam Persekutuan Great Britain, bersama Wales dan Ireland Utara. Biarpun keputusan ini melegakan ratu England tetapi kewujudan kumpulan menuntut kemerdekaan seperti IRA di Ireland Utara boleh wujud di Scotland. Sekiranya kita melihat kepada kepulauan British, kita akan terfikir betapa kuatnya kuasa England, walaupun kecil tetapi bangsa mereka boleh menguasai sepertiga dunia, sekiranya tanpa Scotland, tanah gabungan Great Britain semakin mengecil, lebih kecil daripada Malaysia... 
Apabila mengatakan tentang Scotland, di dalam pemikiran saya adalah muzik perang, scotland yard, lelaki berskirt, kain corak kotak- kotak dan filem 
Braveheart yang merupakan sebuah filem aksi bersejarah yang diterbitkan pada tahun 1995 yang telah memenangi Anugerah Akademi. Filem ini diarahkan oleh Mel Gibson, yang juga membintangi filem ini sebagai pelakon utama. Ia telah ditulis untuk difilemkan dan dinovelkan oleh Randall Wallace. Gibson berlakon sebagai seorang lagenda Scotland, William Wallace, yang mendapat penghargaan apabila beliau maju ke hadapan di dalam Perang Kemerdekaan Scotland Pertama dengan menentang Edward I dari England (dilakonkan dilakonkan oleh Patrick McGoohan) dan bersubahat dengan menantu Edward, Puteri Isabelle (dilakonkan oleh Sophie Marceau) dan penuntut ke atas takhta Scotland, Robert the Bruce (dilakonkan oleh Angus Macfadyen).
Filem ini telah memenangi lima Anugerah Akedemi ke-68, termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, dan telah dicalonkan di dalam lima lagi kategori. Ini ini dikeluarkan oleh Icon Productions untuk Paramount Pictures dan 20th Century Fox.

Isnin, 1 September 2014

Blissful Sunflower

Mungkin ada dikalangan kita yang menggemari bunga matahari, Filem yang ingin dikatakan ini adalah cerita berkenaan bunga matahari dan kebaikan hati budi seseorang. Bagi ibu- bapa yang mempunyai kerinduan dan berpisah dengan anak- anak kisah dalam 'Blissfull Sunflower' ini tentunya membuatkan mereka rasa sebak begitu juga anak- anak yang merindui ibu dan bapa. 
Filem ini berlatarkan  ethnik  Islam Uyghur, disamping menghayati watak anak perempuan yang keras hati dan cerdik bernama Meiliguli, Filem ini juga boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang ingin mengetahui bagaimana masyarakat, budaya dan ekonomi minoriti orang Islam di negara Republik Rakyat Cina.

Meiliguli yang baru kematian ibunya telah di bawa oleh neneknya iaitu Aihemaiti tinggal bersama, tetapi anak perempuan kecil ini menuntut agar neneknya mencari ayahnya sebagaimana yang diwasiat oleh ibunya. Neneknya tidak suka dengan permintaan cucunya kerana neneknya sudah menganggap menantunya sebagai orang yang tidak baik dan penyangak kerana dua tahun tidak pulang ke rumah sehingga isterinya mati.

Tuntutan dan permintaan Meliguili tidak dipedulikan oleh neneknya walau cucunya merayu sehinggala suatu hari bila Aihemaiti yang baru pulang dari berjualan di kedainya iaitu kedai menjual kain tudung dan selendang, dia mendengar cucunya bercakap seorang diri seolah bercakap dengan ayahnya sambil berlagak memasak dan menuangkan minuman kepada ayahnya. akhirnya neneknya berjanji untuk membawa cucunya mencari ayahnya dengan syarat jika benar ayahnya seorang yang penyangak Meiliguli mesti berjanji untuk tinggal bersama neneknya.

Berdasarkan alamat disurat -surat yang dikirim oleh menantunya Aihemaiti bersama cucunya memulakan perjalanan. Pencarian mereka ke bandar -bandar berdasarkan tempat surat dikirim adalah dengan menumpang kenderaan dan berjalan kaki kerana kekurangan wang. Di perjalanan inilah mereka menemui bebearapa orang yang pernah bekerja dan berkawan dengan ayah Meiliguli, melalui percakapan dari penjual muzik, doktor haiwan, dan peladang pelbagai cerita menarik diceritakan dan ini membuatkan Meiliguli bangga dengan ayahnya, dia juga meminta agar neneknya tidak memanggil penyangak kepada ayahnya. Perjalanan mereka juga menemui seorang perempuan yang juga mencari kekasihnya yang sebenarnya kekasihnya telah meninggal dunia. Disetiap tempat yang disinggahi Meiliguli akan melihat adanya bunga matahari setelah kebaikan dilakukan kepada dia dan neneknya iaitu bunga yang diberitahu oleh arwah ibunya sebagai mewakili orang yang baik- baik sebagaimana makna namanya Meiliguli.

Hingga semua tempat telah dikunjungi tetapi mereka masih tidak berjumpa dengan ayah Meiliguli, setelah berputus asa nenek berhenti di kampung asalnya, di sini nenek menemui kekasih zaman mudanya yang mana segala kisah dan kejadian yang membuatkan mereka tidak dapat berkahwin telah terungkai, nenek juga menangis tetapi seperti kebiasaan apabila ditanya oleh cucunya nenek mengatakan matanya dimasuki habuk.
Dalam perjalanan balik dengan berjalan kaki Meiliguli tertinggal beg pemberian ayahnya, antara barangan lain juga pemberian bapanya adalah bola bercahaya yang selalu dibawanya dan disitu ada alamat kilang dimana bapanya mungkin bekerja, Meiliguli dan Ahaimaiti akhirnya sampai di kedai makan yang disitu bapanya bekerja sebagai tukang masak, Ahaimaiti membelakangi menantunya tetapi Meiliguli asyik melihat ayahnya. Disinilah kemuncak perasaan oleh seorang anak apabila rindu kepada ayahnya selama ini telah merobek hatinya bila ayahnya menyapa seorang anak kecil dalam pangkuan ibunya, Meiliguli menyangka ayahnya kahwin lain dan sudah ada anak hinggakan dia dilupakan, Jika sesiapa yang mempunyai perasaan kasih kepada anak tentu mereka akan menitis air mata bila babak Meiliguli berlari keluar dan menangis teresak- esak di luar kedai itu.
Sekiranya ingin mengetahui kesudahan cerita menyentuh hati ini cari dan tontonlah filem yang telah memenangi anugerah ini antaranya

·         The 3rd "China Association Cup" Award - Best Film - Screenplay
·  14th China Huabiao Film Awards
1  . Best Young Actress - Shayida Aihemaiti (Won) 
2  . Best Children Film (Nominated)
·         28th Golden Rooster Awards - Best Children Film (Nominated)

Mungkin bila menonton cerita ini seorang ayah yang berhajat untuk kahwin lain akan memikirkan perasaan anaknya, seorang nenek yang buruk sangka kepada menantunya boleh memahami apa yang terjadi dan patut dilayan kepada anak dan menantu, begitu juga seorang anak seharusnya berusaha mencari dan bersangka baik kepada bapanya. Walaupun filem ini tidak melibatkan bintang besar tetapi penghayatan watak amat terkesan sekali.

Khamis, 28 Ogos 2014

Perawan Seberang

Perawan Seberang adalah sebuah filem drama Indonesia yang dikeluarkan pada ogos 2013, pada permulaan menonton filem ini kita cepat teringatkan Sarawak yang mana kaum Dayak dengan pakaian dan budaya mereka dalam upacara untuk melepaskan anak ketua suku mereka iaitu Pangkalima Kumbang Jaya melanjutkan pelajaran ke Jakarta. Pada mulanya memang filem ini berjudul Perawan Dayak tetapi mengambil kira bantahan keras dari suku Dayak ia akhirnya ditukar kepada Perawan Seberang, merujuk kepada kedudukan Kalimantan yang jauh dan terpisah daripada Ibukota Jakarta.
Kisah bermula bila Yulia Sumbukurung yang hendak masuk ke kolej diiringi acara ritual dan pemberian kalung pendinding diri oleh ayahnya. Yulia seorang pelajar yang baik dan tekun ia menjadi tarikan seorang pelajar kaya iaitu Aryo, pada mulanya seorang rakan kolej iaitu Reymon sudah memberi amaran kepada Aryo bahawa Yulia mempunyai kuasa magik dan jangan didekati tetapi oleh kerana begitu tertarik dengan kecantikan Yulia akhirnya mereka bertaruh ratusan juta rupiah jika Aryo dapat meniduri Yulia.
Dengan bantuan dan pujukan Ratna yang diupah oleh rakan- rakannya Yulia berjaya dipujuk untuk hadir ke majlis sosial tanpa memakai kalung pemberian ayahnya, Yulia dipaksa minum minuman keras dan menari hingga tidak sedarkan diri dan akhirnya dia dicabul oleh Aryo dan rakan- rakannya, Yulia tidak sedarkan diri setelah dipukul kerana melawan.
Yulia terbaring di katil hospital selama enam bulan, dalam waktu itu dia mengandung dan perutnya membesar. Apabila sedar dari koma Yulia tidak dapat menerima apa yang berlaku dia tidak mahu nama keluarganya tercemar, ia naik ke bumbung hospital dan terjun membunuh diri, Yulia betul betul jatuh dekat dengan ayah dan keluargannya yang baru sampai di hospital.

Sejak itu Pangkalima Kumbang Jaya telah melakukan ritual balas dendam dan kutukan, bermula dari situ filem seterusnya memaparkan kejadian aneh dan kematian seorang demi seorang mereka yang menyebabkan kematian Yulia...  Sekiranya anda berminat untuk menonton filem ini... ikutilah di saluran youtube dibawah..



Semoga filem drama ini dapat dijadikan tauladan kepada anak- anak muda agar berhati- hati untuk menganiayai atau mempermainkan seseorang terutama yang datang dari pedalaman, kita tidak tahu sejauh mana amalan dan kebolehan yang mungkin akan menyusah dan mendatangkan masalah kepada kita.


Ahad, 6 Julai 2014

Tak Mampu Ceritakan Tentang Kak Pah..

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonaty fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun.. 
Tidak banyak yang boleh dicatatkan tentang beliau, terlalu hebat... takut tak setanding bila yang bercerita adalah rumput dibumi sedangkan burung diangkasa hendak diperi... Hampir tiada ruang untuk menidakkan pencapaian beliau. Kadang- kadang kita ada juga mencuit beliau di FBnya. Nyata beliau sentiasa boleh bertindak balas dan menegur peminatya melalui FB.. Kita masih ingat tentang kisah 2 peti sejuk dirumahnya....Satu yang amat dikagumi adalah koleksi albumnya, kesetiaan kepada EMI record dan liku- liku hidupnya...  kenali dan selamilah beliau di http://ms.wikipedia.org/wiki/Sharifah_Aini Al- Fatihah.

Sabtu, 21 Jun 2014

Saudagar... menyentuh hati, menggusar iman.

Pulang dari solat hajat dan tahlil sempena 'melenggang perut' anak jiran sekampung kita cuba mencari- cari rancangan dalam Astro.. kebetulan rangkain Zee baru bermula dan credit tittle filem Saudagar baru bermula, dalam kredit tittle yang panjang itu kita tertarik untuk tidak beralih ke rangkaian lain adalah kerana banyak nama Islam yang terlibat dalam filem tersebut dikuatkan lagi dengan penyanyi latar seperti Lata Mangeskar, Asha Boshle, Kishore Kumar dan Manna Dey. Ya inilah nama- nama penyanyi yang sebenarnya seluruh penggemar filem hindi di dodoikan.
Filem keluaran 1973 ini dibintangi pelakon utama Amitabh Bachan sebagai Moti, Nutan sebagai Majubi, Padma Khana sebagai Phoolbanu dan beberapa pelakon lagi. Saudagar tidak memerlukan pelakon yang terlalu ramai dan ruang penggambaran yang luas. Kisah berdasarkan cerita benggali ini menceritakan seorang penggusaha nira kurma, kita boleh lihat bagaimana batang kurma ditakuk seperti pokok getah untuk mengeluarkan nira, bagaimana pokok kurma yang banyak tumbuh tetapi tidak ada satu pun pokok kurma tersebut dilihat mengeluarkan buah, mungkin kurma disitu semata- mata untuk hasil nira yang kemudiannya dijadikan seperti manisan dan dikeraskan untuk dijual di pasar.
Moti menjadi terkenal kerana jualannya adalah paling laris dan digemari orang ramai sehingga berebut- rebut orang ingin membeli setiap kali ia berjualan dan menimbulkan kehairanan peniaga lain. Rupanya rahsia kehebatan kek madu kurma tersebut adalah kepandaian tukang masak yang diupah oleh Moti yang bernama Majubi. Moti juga sangat digilai oleh gadis- gadis dan ramai yang cuba memikatnya tetapi suatu hari Moti telah terpikat dengan gadis bernama Phoolbanu sehingga Moti mengikutnya pulang ke rumah dan terus menyatakan hasratnya kepada ayah Phoolbanu. Ayah phoolbanu yang tidak mahu sejarah kakak Phoolbanu yag diceraikan walaupun meletakkan emas kahwin yang rendah telah mensyaratkan 500 rupee sebagai wang perkahwinan.
Setelah pelbagai iktiar dilakukan dan tidak ada orang yang sanggup meminjamkan duit kepada Moti akhirnya Moti mendapat akal untuk berkahwin dengan tukang masak nira kurmanya agar dia tidak perlu lagi membayar upah sebaliknya boleh mengumpulkan wang dengan cepat dan Majubi yang juga seorang janda akhirnya menjadi isteri Moti.
Sepanjang menjadi suami isteri Moti dan Majubi bekerja keras untuk mendapat keuntungan yang lebih tetapi akhirnya Moti menceraikan Majubi dan berkahwin dengan Phoolbanu selepas wang 500 rupee telah cukup, Majubi kembali ke rumah lamanya, selepas menghadapi tekanan perasaan Majubi menerima lamaran seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai tiga orang anak, Majubi dilayan dengan baik dan tidak perlu lagi bekerja keras untuk menyara hidup.

Manakala Moti pula mengalami kemerosotan dalam perniagaannya disebababkan nira kurma yang dimasak oleh Poolbanu tidak disukai oleh pembeli menyebabkan mereka dikelilngi hutang kerana jualan tidak laku, Poolbanu yang cantik dan muda itu ditunjuk jalan keluar oleh Moti daripada hidupnya dan Moti pula mencari dan merayu kepada Majubi untuk masakkan kek nira kurma, Phoolbanu menjejaki Moti dan rupanya Phoolbanu tahu bahawa Majubi adalah kakaknya..
Walaupun jalan ceritanya ringkas tetapi pergolakan jiwa kesemua watak ditambah dengan realiti kehidupan masyarakat benggali beragama Islam begitu menarik dan filem ini sangat sesuai sekiranya kita mahu melihat realiti masyarakat Islam sesetengah tempat di India. Kebanyakan pelakon memakai pakaian Islam dan sering mengucap salam mengingatkan kita bahawa Islam di India sebenarnya hanya tinggal kepada nama dan pakaian sahaja, Tidak ada digambarkan rumah penduduk mengamalkan solat lima waktu, bangun tidur bila matahari sudah segalah, tidak dititik berat soal pemakaian wanita dan paling ketara setiap rumah dan kaum lelaki sentiasa menghisap sejenis candu melalui balang. Barangkali inilah warisan maharaja Akhbar daripada kerajaan Moghul yang mana Islam, sikh dan Hindu sudah menjadi satu dalam agama Din Ilahi.
    

Isnin, 17 Februari 2014

Kabhi Alvida Naa Kehna @ "Jangan Ucapkan Selamat Tinggal".




Filem ini dihasilkan pada 2006 bermakna lapan tahun yang lalu dan apabila ia ditonton pada tahun 2014 barulah ia menjadi seperti boleh diterima dan filem ini yang begitu kontroversi kerana dinilai memihak kepada hubungan gelap pasangan yang berkahwin. Filem ini cukup berjaya di luar negara dan mampu mengalahkan filem arahan Karan Johar sebelumnya iaitu Kabhie Khusi Kabhie GhamMasyarakat boleh mencemuh dan pegangan agama tidak memihak kepada watak curang tersebut. Tetapi mungkin ramai yang lupa bahawa cinta dan perasaan juga suatu yang sukar diusir dan dilenyapkan oleh orang yang mengalaminya, mereka mungkin menongkah arus tetapi mereka mencari ruang dan keikhlasan dalam hidup mereka.. Diakhir cerita rasa sebak turut menerpa dan mengakui betapa sukarnya untuk menyatakan selamat tinggal sebagaimana Shah Rukh Khan dan Rani Mukerji dalam Filem Kabhi Alvida Naa Kehna yang bermakna "Jangan Ucapkan Selamat Tinggal".


Judul film : Kabhi Alvida Naa Kehna
Sutradara : Karan Johar
Pelakon   : Shah rukh khan, Rani mukerji, Preity zinta, Abhisek bhachan, Amitabh bhachan, Kirron kher
Muzik      : Shankar Ehsaan Loy
Durasi     : 192 menit 

Rabu, 8 Januari 2014

Run Run Shaw, Father of Hong Kong’s Movie Industry, Dies

Run Run Shaw, pengasas Shaw Brother iaitu sebuah syarikat perfileman yang boleh dikatakan sebagai pengasas industri filem yang terawal dan paling berjaya dan beroperasi di jalan Ampas Singapura. meninggal pada usia 107 tahun, beliau dan syarikatnya melahirkan bakat hebat sepanjang zaman Tan sri P. Ramlee dan seangkatannya. Beliau begitu dihormati di Hong Kong dan mempunyai peranan yang sangat besar dalam perjalanan industri filem Hong Kong sebagaimana yang dilaporkan oleh Bloomberg..

Run Run Shaw, the Hong Kong media mogul and philanthropist whose movie studio exported Chinese cinema to a global audience in the 1960s, has died. He was 106.
The founder of Shaw Brothers (Hong Kong) Ltd. died at home in the company of his family at 6:55 a.m. today,Television Broadcasts Ltd. (511) said in a statement. According to the Chinese custom of calculating age, he was 107, said the company that was co-founded by Shaw.
Shaw Brothers movies from the 1960s such as the kung-fu film “The One-Armed Swordsman” and the musical “The Kingdom and the Beauty” once accounted for more than half ofAsia’s box-office receipts. “The Magnificent Concubine,” a picture about a Tang Dynasty beauty, became the first Chinese movie to receive an international award when it won a prize at the 1962Cannes Film FestivalBaca laporan terperinci di sini