Khamis, 28 Ogos 2014

Perawan Seberang

Perawan Seberang adalah sebuah filem drama Indonesia yang dikeluarkan pada ogos 2013, pada permulaan menonton filem ini kita cepat teringatkan Sarawak yang mana kaum Dayak dengan pakaian dan budaya mereka dalam upacara untuk melepaskan anak ketua suku mereka iaitu Pangkalima Kumbang Jaya melanjutkan pelajaran ke Jakarta. Pada mulanya memang filem ini berjudul Perawan Dayak tetapi mengambil kira bantahan keras dari suku Dayak ia akhirnya ditukar kepada Perawan Seberang, merujuk kepada kedudukan Kalimantan yang jauh dan terpisah daripada Ibukota Jakarta.
Kisah bermula bila Yulia Sumbukurung yang hendak masuk ke kolej diiringi acara ritual dan pemberian kalung pendinding diri oleh ayahnya. Yulia seorang pelajar yang baik dan tekun ia menjadi tarikan seorang pelajar kaya iaitu Aryo, pada mulanya seorang rakan kolej iaitu Reymon sudah memberi amaran kepada Aryo bahawa Yulia mempunyai kuasa magik dan jangan didekati tetapi oleh kerana begitu tertarik dengan kecantikan Yulia akhirnya mereka bertaruh ratusan juta rupiah jika Aryo dapat meniduri Yulia.
Dengan bantuan dan pujukan Ratna yang diupah oleh rakan- rakannya Yulia berjaya dipujuk untuk hadir ke majlis sosial tanpa memakai kalung pemberian ayahnya, Yulia dipaksa minum minuman keras dan menari hingga tidak sedarkan diri dan akhirnya dia dicabul oleh Aryo dan rakan- rakannya, Yulia tidak sedarkan diri setelah dipukul kerana melawan.
Yulia terbaring di katil hospital selama enam bulan, dalam waktu itu dia mengandung dan perutnya membesar. Apabila sedar dari koma Yulia tidak dapat menerima apa yang berlaku dia tidak mahu nama keluarganya tercemar, ia naik ke bumbung hospital dan terjun membunuh diri, Yulia betul betul jatuh dekat dengan ayah dan keluargannya yang baru sampai di hospital.

Sejak itu Pangkalima Kumbang Jaya telah melakukan ritual balas dendam dan kutukan, bermula dari situ filem seterusnya memaparkan kejadian aneh dan kematian seorang demi seorang mereka yang menyebabkan kematian Yulia...  Sekiranya anda berminat untuk menonton filem ini... ikutilah di saluran youtube dibawah..



Semoga filem drama ini dapat dijadikan tauladan kepada anak- anak muda agar berhati- hati untuk menganiayai atau mempermainkan seseorang terutama yang datang dari pedalaman, kita tidak tahu sejauh mana amalan dan kebolehan yang mungkin akan menyusah dan mendatangkan masalah kepada kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan