Isnin, 15 Oktober 2012

Tiada lagi kesantunan Norodom Sihanouk..

Pada 15 Oktober 2012, bekas raja Kemboja, Norodom Sihanouk meninggal dunia akibat serangan jantung di Beijing pada usia 89 tahun.Pembantu peribadinya Putera Sisowath Thomico memaklumkan bahawa bekas raja itu tinggal di Beijing sejak Januari 2012. Beliau sepatutnya berumur 90 tahun pada 31 Oktober 2012 . Mayat baginda dibawa dari China kembali ke Phnom Penhuntuk upacara pengebumian di istana diraja menurut tradisi Kemboja.

Selain daripada kenyataan dari mulut Norodom Sihanouk sendiri suatu masa dulu bahawa beliau adalah berketurunan Melayu sebelah ibunya. Banyak sejarah dan hikayat lama yang mengaitkan keturunan beliau dengan kerajaan Melayu yang bernama Kembayat Negara dan asal- usulnya lebih dekat dengan rumpun Melayu Kelantan. Saya adalah salah seorang yang sentiasa terpesona dengan gaya hidup dan penampilannya yang sentiasa menyembah hormat kepada sesiapa sahaja, lagi satu yang menjadikan beliau digemari adalah bila dikatakan bahawa masa lapang Sihanouk termasuk menyukai filem dan muzik. Baginda merupakan pembuat filem sepanjang tahun, mengarah banyak filem dan karangan muzik. 
Dia merupakan salah seorang ketua negara yang mempunyai laman web tersendiri, yang mempunyai pengikut, menarik lebih seribu pelawat sehari, sejumlah besar dari pengguna Internet negaranya. Kenyataan Di Raja diletakkan di situ setiap hari untuk dibaca rakyatnya. http://ms.wikipedia.org/wiki/Norodom_Sihanouk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan