Antara penerbit yang aktif menerbitkan filem satu masa dulu adalah Sabah Filem Production, salah sebuah filem yang begitu berkesan dalam ingatan penonton adalah filem Hapuslah Air Matamu yang ditayangkan pada tahun 1976 iaitu sewaktu saya berumur 2 tahun. Filem yang diarahkan oleh seniman M.Amin yang juga sewaktu hayatnya saya pernah bekerja dibawah arahannya yang saya kenali cukup penyanyang dan kemas cara kerjanya. Filem Hapuslah Air Matamu dibarisi oleh banyak nama- nama besar dan tersohor adunan angkatan P.Ramlee dan generasi selepasnya iaitu Normadiah, Aziz jaafar, Ahmad Nawab, A.R Ayappan dan AK Jailani. Penyanyi tersohor Broery Marantika dan penerbitnya sendiri iaitu Deddy M.Borhan juga memberi sumbangan kepada lakonan berkesan Sharifah Aini dan heronya Latiff Ibrahim. Sebahagian besar pelakon dan karyawan yang menghasilkan filem cereka 105 minit dengan format 35mm itu sudah meninggal dunia termasuklah hari ini 20 febuari 2012 pelakon utama Latiff Ibrahim juga telah menghembuskan nafas terakhir dua hari sebelum harijadinya kerana masalah jantung.
Saya tidaklah biasa sangat dengan Latiff Ibrahim tetapi bila dalam set yang sama saya dapati Latiff Ibrahim seperti juga kakaknya Sophia Ibrahim dan mungkin Kathy Ibrahim juga seorang yang sentiasa kritis dan menumpukan kepada kerjanya tidak banyak kita dapat mengesan ruang gembira dalam diri Latiff Ibrahim tetapi kita akan rasa tenang bila memandang ketenangan wajahnya. Latiff Ibrahim seperti juga angkatan 70-80anya tidak keterlaluan jika saya katakan kebanyakan mereka pandai jaga imej dan tidak terpengaruh dengan buruan glamor murahan.. Al Fatihah untuk abang Latiff.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan