Jumaat, 29 Julai 2011

DRACULA

Dracula adalah sebuah filem yang membuatkan saya mengagumi seterusnya menggemari filem- filem garapan Francis Ford Coppola iaitu pengarah yang tiga kali menerima Academy Award sejak itu pengarah filem ini menjadi idola saya kerana kerja- kerja penggambarannya yang mengkagumkan dan sukar untuk ditiru oleh pengarah- pengarah filem dunia yang lain, saya menonton filem Dracula beberapa kali semata- mata untuk meneliti dan memahami teknik yang digunakannya, saya juga pernah berimpian untuk menghasilkan filem sepertinya walaupun waktu itu filem seram dan tahyul diharamkan di Malaysia tapi saya percaya pengharaman itu tidak akan kekal lama. 
Francis Ford Coppola mempunyai keluarga yang ada kaitan dengan perfileman antara yang cukup dikenali adalah sepupunya aktor Nicholas Cage, Jason dan Robert Schwartzman. Francis Ford Coppola juga mempunyai anak perempuan yang juga berjaya memenangi anugerah academy iaitu Sofia Coppola. Di dalam filem Dracula Kerja kameranya boleh meluncur dari langit hingga ke lubang kecil di bumi dan visual boleh merakam 360 darjah dengan menarik.

Untuk mengikuti perincian tentang filem Dracula anda bolehlah masuk ke halaman ini ;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan