Menonton filem ‘Rasputin’ membuatkan kita berfikir adakah jika bukan kerana beliau, hari ini Russia adalah sebuah negara monarki atau kerajaan yang mempunyai institusi beraja yang terbesar di dunia. Gregori Rasputin adalah seorang dukun handal, peramal nasib dan seorang manusia luar biasa yang mempengaruhi sejarah Russia sebelum pembentukan Soviet Union 1917.
Rasputin yang memiliki keistimewaan spiritual berjaya mempengaruhi keluarga diraja dan bergerak bebas di Istana St Petersberg. Rasputin bermaharajalela di dalam Istana manakala Tsar tidak berani menentang apa saja perbuatannya, begitu juga Tsarina Alexandria yang taksub kepada amalan Rasputin hanya menutup mata atas apa saja yang dilakukan oleh Rasputin walaupun melibatkan perlakuan seks dan kurang sopan oleh Rasputin.
Rasputin yang terkenal di seluruh Russia mempunyai ramai pengagum dan pengikut terutama dikalangan kaum perempuan, Rasputin juga tidak dapat lari daripada ancaman bunuh oleh sebilangan kelompok yang tidak senang dengan pengaruhnya yang dianggap menyeleweng dan menganggu pemerintahan negara, ramai menteri dan orang yang dahulunya menjadi orang kepercayaan Tsar telah dipecat semata- mata kerana Tsar lebih mempercayai Rasputin.
Kemarahan yang meluak- luak datang dari kalangan bangsawan tidak dapat dibendung lagi apabila seorang pelacur yang pernah dikecewakan oleh Rasputin bertindak menikam dan merobek isi perutnya. Kecederaan parah itu bagaimana pun tidak dapat meragut nyawa Rasputin tetapi bermula peristiwa itulah Rasputin tidak lagi secergas dulu dan sering cepat penat, beliau juga terpaksa menggunakan ubat tahan sakit selama bertahun- tahun.
Rasputin yang memiliki ketahanan tubuh luar biasa juga tidak mati apabila diracun dengan dos yang mampu membunuh 5 orang lelaki, gementar dengan apa yang terjadi Rasputin ditembak berkali- kali dipunggungnya dan ditinggalkan di bilik bawah tanah sebuah rumah hinggalah ia mampu bangkit semula untuk mencekik salah seorang yang kembali semula ke tempat Rasputin di tembak kerana tertinggal jaket. Sekali lagi Rasputin di tembak berkali- kali dikepalanya dan dalam keadaan tidak bermaya selepas dipukul dengan teruk, Rasputin dibungkus dengan selimut dan dibuang ke sungai yang sejuk.
Rasputin akhirnya ditemui dengan berlumuran darah disungai tetapi selepas bedah siasat Rasputin disahkan mati kerana lemas apabila didapati paru- parunya dipenuhi air bukan disebabkan tembakan atau racun yang penuh dalam perut atau pukulan yang keras.
Kematian Rasputin pada 1916 disusuli dengan kejayaan Revolusi Bolshevik setahun kemudian yang dikatakan ada kaitan dengan sumpah Rasputin. Seluruh keluarga Tsar Nicholas II ditembak mati, menamatkan terus dinasti Romanov tanpa meninggalkan pewarisnya.
Kubur Rasputin juga dibongkar dan mayatnya dibakar tetapi satu hal yang menarik adalah penis Rasputin ditemui disimpan oleh sekumpulan perempuan rusia di Perancis, penisnya disembah sebagai simbol kesuburan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan