Isnin, 19 September 2016
What They Don't Talk About
Di awal cerita ini kita sudah boleh mengagak kategori dan mutu filem melalui gaya kamera dan penceritaan dalaman oleh pelakon, kebiasaan filem yang baik memerlukan tumpuan sepenuhnya daripada penonton untuk memahami jalan cerita dan apabila keesokannya kita cuba mencari dalam kategori filem ternyata telahan itu benar kerana Filem ini rupanya adalah sebuah Filem yang dibawa ke "Festival filem Sundance 2013"Mengisahkan tiga orang penghuni rumah orang kurang upaya dengan kisahnya tersendiri. Fitri yang dilahirkan buta, tinggal di asrama sekolah orang kurang upaya. Fitri mengenali doktor hantu yang setiap malam jumaat mereka berhubungan melalui surat braile, Fitri menceritakan hal - hal tentang diri dan isi hatinya dan saling jatuh cinta. Kisah kedua berkenaan Diana, seorang gadis muda yang mengalami kebutaan mata, ia hanya boleh melihat dengan jarak 2cm. Disebabkan itu ia tidak dapat meneruskan kegiatannya di sekolah balet. Kisah ketiga adalah tentang Andika yang menjadi buta, disebabkan keadaanya itu dia tidak dapat meneruskan hubungan dengan kekasihnya yang cantik yang dulunya selalu dibawa dengan motosikal.
Isnin, 1 Ogos 2016
Selepas 3 Dekad Take One Productions
Selepas penubuhannya 3 dekad yang lalu Syarikat penerbitan Filem dan Produk rancangan Televisyen Take one Production (TOP) diraikan oleh bekas- bekas pekerja mereka yang terdiri daripada staf pejabat, krew, Jurukamera, editor, malahan diraikan oleh mereka yang pernah berada dan mendapat didikan serta khidmat di TOP seperti Pengarah, Pelakon, Penerbit juga Pegawai dari Stesen Penyiaran Media Prima.
Usaha dan Idea pertemuan ini lahir dari beberapa orang bekas pekerja yang ingin membuat satu majlis pertemuan bekas - bekas pekerja TOP yang mana sekiranya diambil kira keseluruhan 30 tahun beroperasi ada yang berani mengatakan mereka yang pernah menerima sentuhan TOP mungkin mencecah ribuan orang tetapi yang dapat dihubungi lebih 100 orang dan yang hadir ke majlis lebih 50 orang dari serata tanah air.
Program bermula dengan jamuan dan ucapan oleh pemilik TOP iaitu Tn Hj Shariff bin Hj Sabari yang kini boleh dilihat sudah mula memperlahankan aktiviti penggambaran dan memilih aktif bersama Jemaah Tabligh ke seluruh dunia.
Pertemuan yang diadakan di belakang pejabat TOP di Taman Melawati, Ulu kelang, Selangor terganggu sedikit kerana hujan lebat dan berangin selepas ucapan oleh Tn Hj Shariff bagaimanapun satu pujian harus diberikan kepada semua apabila semua hadirin tidak meninggalkan majlis walaupun ada yang basah kuyup.
Majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada mereka yang banyak memberi khidmat dan menaikkan nama Top satu masa dulu seperti Director Johari Yusof yang seingat saya adalah pengarah pertama yang saya bekerja selepas diterima bekerja sebagai Krew, beliaulah yang membuka mata saya kepada budaya bekerja sebagai anak wayang, dengan sikapnya yang panas baran, maki hamun bukan sahaja tidak digemari oleh kebanyakan pekerja dan pelakon tetapi juga pihak penerbit yang mungkin berhadapan dengan sikapnya yang sering menjadikan peralatan penggambaran sebagai mangsa sekiranya kualiti dan kehendak terbaiknya terganggu, En Johari Yusof terkenal sebagai pengarah yang tinggi citarasa seni dan kreatifnya.
Plak penghargaan juga diberikan kepada En Zaaba yang pernah menghasilkan Iklan Lee Cooper dan pelbagai terbitan dalam Jabatan Komersial TOP sewaktu beroperasi di Brickfields, Kuala Lumpur.
Selain itu Plak penghargaan turut diberi kepada En wan Ismail yang pernah mengarah untuk drama- drama terbitan TOP, En Wan Ismail kini bersama stesen Astro yang bertanggungjawab kepada saluran Al- Hijrah.
TOP sebenarnya boleh diumpamakan sebuah akedemi latihan yang dibayar gaji kepada sesiapa yang bernaung bersamanya, bermula daripada tiada apa apa pengalaman mereka yang bercita- cita besar, rajin, kreatif dan semangat juang dalam bidang seni akan mencapai hasrat mereka dan TOP sudah melahirkan ramai pekerja Industri yang berjaya dan diiktiraf pencapaian mereka ada dikalangan mereka sudah menjadi Jurukamera terbaik, editor terbaik, artis tersohor juga lain lain cabang karya dalam filem, drama dan produk penyiaran.
TOP adalah sebuah syarikat penerbit bumiputera yang besar jasanya kini berhadapan dengan kesukaran dalam Industri, tiada lagi unit- unit penggambaran yang lengkap, bilik- bilik editorial dan alihsuara yang aktif, van dan krew yang betebaran ke seluruh negara tidak lagi dilihat, kini studio mereka sudah begitu kecil bagaikan hanya satu tanda bahawa Syarikat masih ada. Bekas- bekas pekerja mereka sangat berharap jenama TOP yang begitu megah satu ketika dulu dapat dikembalikan ke landasan sebagai satu syarikat terbitan yang berjaya, sokongan semua pihak terutama stesen Penyiaran adalah diharapkan. Inilah semangat dan kesungguhan bekas pekerja yang mahu lihat kejayaan bekas majikan mereka. Tahniah dan Syabas kepada semua semoga harapan akan menjadi nyata.
Selasa, 28 Jun 2016
Suasana Hari Raya dari Cassidy Anderson
Hari raya hampir menjelma, ke mana saja lagu riang dan sendu bertemakan hari raya berkumandang. Walaupun tidak lagi berada dalam lingkungan anak seni tapi semangat seni tetap berada dalam jiwa, kini seni hanyalah sebagai penghibur hati, halua telinga dan tontonan mata yang jika ada boleh diterapkan ke dalam kehidupan dan aktiviti hari ini. dalam bulan ini dua lagu yang sangat menarik minat saya salah satunya saya cuba mengikut rentak iaitu lagu berbahasa tagalog 'anak', sungguh lagu ini telah diterjemah ke berpuluh bahasa di dunia. Satu lagi yang mungkin kita masih ingat oleh wanita dari Australia iaitu Cassidy Anderson yang mempunyai banyak kecenderungan seni, dia juga bersusur galur daripada keluarga seni, Cassidy memilih untuk menggemari bahasa Melayu. Sempena hari raya ini kita dengarkan lagu 'Suasana Hari Raya' dendangan orang yang tak pernah menjalani ibadat puasa dan hari raya tetapi berupaya mengalun lagu kita dengan baik.
Isnin, 6 Jun 2016
You're Ugly Too
Penggambaran di Ireland 'You're Ugly Too'. Lakonan Aiden Gillen sebagai bapa saudara dan lauren Kinsella anak saudara perempuan berumur 11 tahun, mereka berpindah dari Dublin dan tinggal di rumah caravan tinggalan ibu Stacey yang baru meninggal dunia. Sebagai bapa saudara Aiden menganggap Stacey sebagai anak dan kawan yang memahami dirinya, Stacey selalu menerjah pemikiran Aiden tentang punca ia dipenjarakan. Stacey di bawa bersama sewaktu Aiden mencari pekerjaan, kesukaran mendapat kerja kerana ketulusan hati menceritakan latar belakang penjaranya menyebabkan dia hanya mendapat pekerjaan sebagai pembantu lori pemungut sampah.
Sabtu, 21 Mei 2016
Habibie & Ainum
Filem ini memerihalkan kisah yang benar- benar berlaku. Walaupun filem ini mengisahkan seorang bekas Presiden di negara Indonesia tetapi penceritaannya lebih menumpukan kepada hubungan cinta dan kehidupan antara BJ Habibie dan Ainum. ketika di dalam beca Habibie melamar Ainum dan antara dialognya,
Habbibie : “Aku tidak bisa berjanji kehidupan di sana bagaimana, tidak bisa janji kita tinggal dimana, tapi aku bisa berjanji akan menjadi suami yang baik untuk kamu”
Ainun : “Aku tidak bisa berjanji menjadi istri yang baik untuk kamu, tapi aku berjanji akan selalu menemani kamu untuk menggapai mimpi-mimpimu.”
Selepas mereka berkahwin Habibie membawa Ainum ke Jerman, tempat beliau bekerja dengan firma kejuruteraan lokomotif, di sana Habibie dan Ainum menempuh kesukaran hidup kerana pendapatan yang kecil, tinggal di flat yang kecil, Habibie pernah melecur kakinya disebabkan kasutnya koyak tidak berganti, sewaktu mencuci luka suaminya Ainum meminta kepada Habibie untuk pulang ke Indonesia untuk meringankan beban perbelanjaan mereka yang ketika itu Ainum mengandung, Tetapi Habibie mengatakan..
“Ainun, kita ini seperti sedang berada di sebuah lorong, gelap, panjang… Tapi setiap lorong pasti ada ujungnya, pasti ada cahaya yang menuntunnya. Aku janji akan membawamu ke cahaya itu.”
Selepas kejayaan Habibie mencipta landasan kereta api ringan yang boleh menampung beban 200 tan kehidupan mereka semakin baik. Habibie berhasrat ingin menabur bakti di Indonesia tetapi waktu itu tiada kekosongan, Habibie terus mencipta nama dengan ciptaan baru di Jerman menyebabkan kedutaan Indonesia menghubungi dan meminta beliau pulang ke Indonesia kerana Presiden Suharto sedang giat membangunkan negara. Habibie ingin mengembangkan cita citanya membangunkan kapal terbang yang mana turut menghubungkan 12,000 pulau pulau di Indonesia, dan ini jugalah janjinya kepada Ainum ketika Ainum pertama kali naik kapal terbang ke Jerman, Habibie berjanji akan membina trak terbang yang selamat untuk Ainum.
Kejayaan demi kejayaan Habibie menyebabkan beliau dilantik sebagai menteri oleh Suharto, bermulalah cabaran dalam hidupnya terutama perlu bersih daripada rasuah yang disogok oleh ahli perniagaan, Habibie dengan dorongan isterinya dan pesanan ibunya berjaya menangkis sogokan berupa wang, kebendaan juga perempuan. Kerana cintanya Habibie dapat menjalankan tugas dengan cemerlang tanpa mengenal penat lelah seperti dialog Ainum : Kamu bukan Superman! Kalau kamu tidak bisa memimpin tubuh kamu sendiri, bagaimana bisa kamu pimpin tubuh 200juta orang? Beristirahatlaahh… Ainum juga menyembunyikan penyakit kansernya di awal perlantikan Habibie sebagai Presiden kerana tidak mahu menganggu tugas Habibie, dalam kesakitan dirinya sendiri Ainum masih tidak lupa menyediakan ubat untuk Habibie sehinggalah saat kematiannya di Munich Jerman.
Kesugulan Habibie sangat terkesan sehingga ia akhirnya merawat dirinya sendiri dengan kembali ke tempat pertama kali mereka berjumpa. Habibie nyaris di rawat di rumah sakit jiwa kerana kematian Ainum.
Ini adalah puisi cinta Habibie kepada Ainum yang dikatakan ditulis selepas 100 hari kematian Ainum
Isnin, 25 April 2016
Prince Rogers Nelson
Prince Rogers Nelson yang mati di dalam lif dirumah agamnya, juga disitulah ditempatkan studio dan tempat beliau berkarya. Prince adalah antara penyanyi kulit hitam yang berjaya memutihkan kulitnya... sebagaimana micheal jackson yang meninggal dunia secara misteri Prince juga meninggal dunia dengan tiada tanda tanda sakit yang membawa maut. Seperti Jacko, Prince mempunyai bakat semulajadi dan bergelar lagenda dalam bidangnya, mula mencipta lagu seawal 7 tahun dan hidup dalam kemewahan dan glamour hingga akhir hayat. Prince pernah dikatakan pesaing terdekat Micheal Jackson dalam hiburan terutama cara berpakaian. Walaupun kelihatan saya terlebih memuji sisi yang tidak digemari oleh rata- rata orang beragama terutama saudara seIslam saya, namun bakat dan kesungguhan Prince perlu diakui sebagai salah seorang Penghibur yang termasuk dalam senarai genius dalam bidangnya selain Jacko dan juga Sir Elton John yang benar benar menarik perhatian, bukan sahaja keunikan aliran hiburan tetapi juga cara hidup yang pelik yang bagi saya sifat begitu sangat perlu dalam mencari kelainan dan Inspirasi kepada diri mereka. Prince yang juga penyanyi Pop seperti Jacko sudah menjadi perhatian saya dengan penampilan dan saya tidak menolak individu ini adalah pengikut ajaran Syaitan kerana sering melakukan ritual pelik sebelum membuat persembahan dan adakalanya membawa lambang lambang penyembahan yang mengelirukan.. namun kita bukan ingin mengambil benda benda yang memesongkan daripada legenda ini.. pandanglah kekuatan dan sifat positif terutama kekuatan buah tangan pentasnya salah satunya Purple Rain..
Selasa, 29 Mac 2016
The Last Emperor
Filem ini memang telah lama saya gemari.. ia bukan saja membuat kita terimbau satu zaman yang begitu megah, hebat dan punya ketamadunan juga budaya sangat terpimpin. Bagaimana sebuah Institusi maharaja yang sangat- sangat dihormati rakyat akhirnya terpaksa akur dengan perubahan dan desakan yang datang dari luar Kota Larangan. Seorang yang diumpamakan wakil tuhan di dunia boleh disisih sedikit demi sedikit hingga akhirnya wakil tuhan itu tidak ada pilihan dari dipaksa keluar dari Istana kota yang diwarisi dinasti berabad lamanya.
Tidak ada toleransi dan kompromi dalam kerja kerja melupuskan sistem Kemaharajaan.
Bagaimana sayu dan heningnya di benak Pu Yi.. melihat singgahsana yang dulunya dia berada disitu. Ditabal sebagai maharaja China sewaktu berumur 2tahun 8bulan. Pu Yi yang berusaha mendapatkan statusnya semula akhirnya tewas kepada tipudaya Jepun yang menabalnya menjadi Maharaja boneka di Manchuria.
Pu Yi melalui pelbagai zaman daripada sebagai Maharaja, menjadi orang tahanan dan akhirnya menjadi rakyat biasa sistem komunis di Republik Rakyat China.. Tontonlah filem berbahasa Inggris ini, anda pasti mendapat pelajaran tentang kehebatan yang tidak kekal, tentang kehilangan yang tak kembali juga tentang peluang dan ruang yang ada perlu ditanggani dengan bijaksana dan berhemah.. Jom tonton
The Last Emperor.
Jumaat, 18 Mac 2016
Adnan Abu hassan : Al Fatihah
Adnan bin Abu Hassan (6 Januari 1959 – 18 Mac 2016)[1] merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik,penyanyi dan pemuzik yang sangat berpengaruh di Malaysia. Beliau juga mempunyai dua orang adik iaitu Azlan Abu Hassan dan Azman Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid, dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah . Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Bunga-bunga Cinta", "Camar Yang Pulang" dan "Di Persimpangan Dilema"
Beliau telah memenangi Anugerah Wirama pada tahun 2010 pada Anugerah Industri Muzik ke-17 atas kejayaannya dalam bidang rakaman. Beliau telah menghembuskan nafas yg terakhir pada pagi 18 mac 2016 https://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_Abu_Hassan
Antara barisan lagu komposer ini yang paling saya gemar adalah;
Isnin, 22 Februari 2016
Sudirman dalam kenangan
Hari ini 22 Febuari adalah hari ulang tahun kematian Seniman serba boleh Sudirman Hj Arshad, pelbagai spekulasi dan anggapan tentang punca kematiannya hingga ada yang mengatakan kematiannya disebabkan penyakit Aids yang kebetulan pada waktu virus itu mula dikenali.
Mengikut apa yang diceritakan oleh rakannya yang juga penulis lirik terkenal Habshah Hassan
Mengikut apa yang diceritakan oleh rakannya yang juga penulis lirik terkenal Habshah Hassan
"Secara perubatan, Sudirman disahkan mati kerana kegagalan hatinya berfungsi dengan sempurna..."
sambung Habshah lagi..
"Saya akui, ia juga disebabkan ajalnya memang sudah sampai, tetapi sudirman melalui banyak perkara misteri dan mistik yang sukar untuk dipercayai pada zaman moden ini. Tetapi hakikatnya itulah yang dihadapi oleh Sudirman sehingga membawa kepada kematian.."
Untuk mengetahui dan mengambil manfaat daripada insan hebat ini bolehlah mengunjungi https://ms.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Haji_Arshad
Langgan:
Catatan (Atom)