Sejak dari umur belia saya selalu mengisi waktu ke Panggung- panggung wayang yang menayangkan filem filem kurang popular tetapi sangat bermutu dan terkesan, antara panggung mini yang saya biasa adalah di Plaza Kotaraya atau Kompleks Pertama, di sini mereka menayangkan filem bukan terbitan semasa.. saya biasa memilih filem lama mandarin atau kantonis terutama kisah - kisah maharaja. Selain dari menonton filem yang tidak popular saya juga akan berkunjung antara tempat yang biasa adalah Kedutaan Perancis di Jalan Semarak, mereka menayangkan filem keluaran negara mereka dan penontonya adalah dikalangan bangsa Eropah dan pelajar- pelajar seni Filem. Saya juga tidak ketinggalan jika ada pementasan di Matic jalan Ampang yang kini sudah menjadi Akademi Seni Kebangsaan di Matic saya pernah di beri peluang mementaskan karya Sasterawan Negara Datuk Usman Awang "Matinya Seorang Pahlawan" yang mana ia mendapat sambutan cukup baik dan komentar dari media cetak. Sekiranya tidak ke mana mana saya akan ke kedai sewaan tape yang waktu itu hanya menggunakan VHS, di situ saya akan mengambil masa memerhatikan hanya filem - filem yang mempunyai logo Pencalonan Academy Awards akan saya pilih. Saya juga tidak ragu ragu untuk memilih Filem yang di arah antaranya Zhang Yimao, Akira Kurosawa dan filem filem oleh Francis Ford Coppola kerana teknik penggambarannya yang mengkagumkan, Saya berusaha memahami Filem Citizen ken, Rise of Red Lantern, Rashmon, Seven Ninja dan Interview With The Vampire. Saya juga mempunyai koleksi filem- filem arahan dan lakonan P. Ramlee, yang pada waktu itu jarang jarang ditayangkan di TV sebagaimana sekarang.
Pembawaan kepada kecenderungan untuk hanya menonton kepada rancangan dan filem yang saya kira bermutu masih diamal hingga kini. Saya sebolehnya akan mengelakkan dari melihat rancangan yang pada penilaian saya kurang bermutu. Kini bila bersendirian lewat malam di rumah saya sudah meminati pula Rancangan Orkestra saluran Art 111 Astro yang mana saya menjadi terhibur mendengar muzik padang pasir biasanya dari Mesir. Lantas bila dihayati saya membuat kesimpulan mudah bahawa orang Arab memang pakar dalam bersyair bersama puluhan pemuzik yang menjadikan ia begitu mendapat sambutan dan tumpuan orang- orang Arab.. Oh rupanya mukjizat nabi S.A.W ada benarnya apabila Al Quran diturunkan dalam kalangan bangsa Quraisy yang mempunyai syair syair indah.. dan Al Quran syair paling Indah sepanjang zaman.