Isnin, 21 Disember 2015

Belle and Sebastian

Filem berlatar Perang Dunia Kedua, yang mana kisah seekor anjing besar yang menyebabkan penduduk pedalaman sekitar pergunungan berhampiran Switzerland menjadi gempar, anjing yang dikatakan membunuh biri biri penduduk kampung itu menjadi buruan bukan sahaja oleh penternak dan penduduk tetapi juga tentera Jerman yang menguasai Perancis. Dalam perburuan itu cucu kepada pemimpin masyarakat yang bernama Sebastian akhirnya menjadi kawan dan menyelamatkan anjing yang diberi nama Belle tanpa pengetahuan datuknya Ceasar. 
Babak menyentuh hati adalah apabila Sebastian berusaha menyelamatkan Belle yang ditembak dengan memujuk seorang Doktor untuk merawat anjing yang disembunyikannya. Doktor yang juga menjadi juru pandu pelarian Yahudi menyeberangi ke sempadan Switzerland berjaya memberi suntikan yang akhirnya menyelamatkan anjing tersebut. Babak sebastian bersama Belle dan keriangannya bermain bersama anjing besar itu benar benar memberi gambaran bahawa hubungan akrab antara haiwan dan manusia boleh menyumbang kepada sesuatu yang baik dan bermakna. Belle berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah apabila membantu menghalau serigala yang menyerang sekumpulan biri biri.
Sebastian yang sentiasa menunggu kepulangan ibunya dari Amerika akhirnya menemui jawapan bahawa ibunya telah meninggal dunia dan dijaga oleh makciknya Belllarina. Manakala Bellarina sentiasa diekori oleh pegawai tentera Jerman yang ingin memenangi hatinya.
Belle dan Sebastian menjadi sangat berjasa apabila berjaya membawa keluarga Yahudi dari buruan tentera Nazi hingga ke Switzerland, dari situ Bellarina yang bersama mereka mengambil keputusan untuk terus ke London tanpa pulang semula ke kampung dan membiarkan Belle dan Sebastian pulang semula dengan membawa sepucuk surat kepada Pegawai Jerman yang akhirnya berjaya menghapus pandangannya tentang semua orang Jerman adalah jahat.
Belle dan Sebastian adalah Filem yang mengaitkan antara seekor anjing, konflik jiwa keluarga Ceasar, suasana penjajahan juga penganiayaan yang berlaku kepada orang Yahudi, Filem ini sangat terkesan juga bila dilihat dari sudut hati seorang anak yatim piatu dan memang patut Belle and Sebastian sebaris dengan senarai Filem terbaik.

Ahad, 6 Disember 2015

Antagonis Jelita telah tiada..

Biasa dan serasi membawakan watak jahat, Siti mariam Ismail (1933 - 2015) atau lebih popular dengan nama Mariani telah selamanya mengikut jejak rakan - rakan terdahulu meninggalkan dunia seni buat selamanya. Ratu Singapura tahun 1951 ini bermula dengan filem Chemburu dan aktif berlakon sehinggalah menghembus nafas terakhir pada 1 Disember 2015 di rumah anaknya. Disembahyangkan di Masjid Al- Hidayah jalan Sentul dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam jalan Ampang. 

Mariani tidak dapat dipisahkan dengan anak bongsunya Melissa Saila dari segi kecantikan dan penglibatan dalam kerjaya lakonan.

KelahiranSiti Mariam Binti Ismail
20 April 1933
Tanjung Pagar, SingapuraSingapura
Meninggal dunia01 Disember 2015 (umur 82)
Sebab kematiankanser usus
PerkuburanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur Kuala Lumpur  Malaysia
Pekerjaanpelakon
Tahun aktif1952 - 2014
AgamaIslam
PasanganDarus, H. M. Rohaizad, Alias
Anak2 Anak, 6 Anak, 5 Anak
Saudarabiduanita Puan Sri Saloma(Kakak), Mimi Loma (Kakak) & Mariani Ismail (Kakak)

Ahad, 29 November 2015

Dari filem terbaik ke Syair terindah

Sejak dari umur belia saya selalu mengisi waktu ke Panggung- panggung wayang yang menayangkan filem filem kurang popular tetapi sangat bermutu dan terkesan, antara panggung mini yang saya biasa adalah di Plaza Kotaraya atau Kompleks Pertama, di sini mereka menayangkan filem bukan terbitan semasa.. saya biasa memilih filem lama mandarin atau kantonis terutama kisah - kisah maharaja. Selain dari menonton filem yang tidak popular saya juga akan berkunjung antara tempat yang biasa adalah Kedutaan Perancis di Jalan Semarak, mereka menayangkan filem keluaran negara mereka dan penontonya adalah dikalangan bangsa Eropah dan pelajar- pelajar seni Filem. Saya juga tidak ketinggalan jika ada pementasan di Matic jalan Ampang yang kini sudah menjadi Akademi Seni Kebangsaan di Matic saya pernah di beri peluang mementaskan karya Sasterawan Negara Datuk Usman Awang "Matinya Seorang Pahlawan" yang mana ia mendapat sambutan cukup baik dan komentar dari media cetak. Sekiranya tidak ke mana mana saya akan ke kedai sewaan tape yang waktu itu hanya menggunakan VHS, di situ saya akan mengambil masa memerhatikan hanya filem - filem yang mempunyai logo Pencalonan Academy Awards akan saya pilih. Saya juga tidak ragu ragu untuk memilih Filem yang di arah antaranya Zhang Yimao, Akira Kurosawa dan filem filem oleh Francis Ford Coppola kerana teknik penggambarannya yang mengkagumkan, Saya berusaha memahami Filem Citizen ken, Rise of Red Lantern, Rashmon, Seven Ninja dan Interview With The Vampire. Saya juga mempunyai koleksi filem- filem arahan dan lakonan P. Ramlee, yang pada waktu itu jarang jarang ditayangkan di TV sebagaimana sekarang.
Pembawaan kepada kecenderungan untuk hanya menonton kepada rancangan dan filem yang saya kira bermutu masih diamal hingga kini.  Saya sebolehnya akan mengelakkan dari melihat rancangan yang pada penilaian saya kurang bermutu. Kini bila bersendirian lewat malam di rumah saya sudah meminati pula Rancangan Orkestra saluran Art 111 Astro yang mana saya menjadi terhibur mendengar muzik padang pasir biasanya dari Mesir. Lantas bila dihayati saya membuat kesimpulan mudah bahawa orang Arab memang pakar dalam bersyair bersama puluhan pemuzik yang menjadikan ia begitu mendapat sambutan dan tumpuan orang- orang Arab.. Oh rupanya mukjizat nabi S.A.W ada benarnya apabila Al Quran diturunkan dalam kalangan bangsa Quraisy yang mempunyai syair syair indah.. dan Al Quran syair paling Indah sepanjang zaman. 

Ahad, 15 November 2015

Pengorbanan masih ada kah.... Kal Ho Naa Ho



Sekiranya pengorbanan dan perasaan juga sifat tidak mementingkan diri itu menjadi pilihan dan bukan ketamakan terutama dalam memenangi hati wanita yang dicintai sangat sukar dicari oleh sesiapa sahaja walaupun tahu kerana sikap itu juga kita akhirnya membuat kekasih hati merana kalaupun bukan seluruh hidupnya tetapi pasti melalui masa yang panjang untuk kembali seperti sediakala.
Filem Hindi sentiasa menyentuh rasa.. filem tahun 2003 Kal Ho Naa Ho, mengisahkan Naina yang sentiasa dalam kegusaran dan resah sejak kematian ayahnya. konflik dalam keluarga antara emak dan neneknya menjadi satu perang perasaan yang membuatkan Naina hidup dalam sifat yang sentiasa panas baran.

Namun kehadiran Aman telah merubah kehidupan Naina dan kembali tersenyum. Hubungan itu lama kelamaan menerbit rasa cinta naina kepada Aman tetapi Aman terpaksa berlakon dan berusaha menyatukan Naina dengan Rohit. Kehadiran Aman juga berjaya merungkai punca kematian ayah Naina dan rahsia kehadiran Gia yang akhirnya telah menyatukan ibu dan neneknya semula.
Aman sebenarnya berkorban rasa cintanya hanya untuk mengelakkan kekecewaan Naina kerana dia tahu dia akan pergi untuk selamanya. 


Lakonan Shah Rukh Khan memang menjadi dengan perasaan dijiwa dapat dizahirkan diwajahnya ditambah dengan kecemerlangan peranan Karan Johar menjayakan Filemnya biarpun Filem ini dia sebagai Penerbit dan penulis skenario sahaja.

Selasa, 18 Ogos 2015

Karim Latiff

Beliau menceburi karier seni seawal usia lapan tahun sebagai penyanyi, Karim pernah memasuki pertandingan Bintang Radio pada 1950-an hingga ke peringkat akhir, namun nasib tidak menyebelahinya.
Beliau kemudiannya mengikuti kumpulan Sandiwara Suria Negara dan menjelajah seluruh negara dengan mengadakan pementasan drama serta nyanyian.
Pun begitu, disebabkan minat mendalam terhadap lakonan, dia berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura seorang diri ketika berusia 18 tahun untuk mengejar cita-cita bergelar bintang.
Waktu itu beliau ditawarkan watak sebagai pelakon pembantu oleh Allahyarham A R Tompel di bawah syarikat miliknya, Sandiwara Kencana dengan bayaran RM3 sehari. Dari situ, beliau mula berlakon drama TV pada 1964 dan antara drama yang mempopularkannya seperti siri Keluarga Tompel dan Potret Pekerti. Beliau paling dikenali menerusi filem Ahmad Albab memegang watak Safar pada 1968.
Pada masa sama, beliau bekerja di RTM sebagai pengalih suara untuk filem. Selepas muncul sebagai anak wayang, beliau mendapat banyak tawaran daripada Merdeka Studio. Antara filem lakonannya ialah Sumpah Pontianak, Samseng, Selendang Delima, Mashuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, Lain Jalan Ke Syurga serta Amuk Tok Nadim.

Sabtu, 25 Julai 2015

Omar Shariff dan Lawrence Of Arabia

Pada 10 Julai 2015 yang lalu dunia menyaksikan pemergian lagenda perfileman dari Mesir iaitu Omar Shariff yang meninggal di Kaherah kerana serangan jantung pada usia 83 tahun. Omar shariff yang memeluk Islam untuk berkahwin dengan aktres Fatin Hamama semasa hayatnya memenangi 3 anugerah Golden Award. Selain dikenali dalam filem Dr Zivago, Omar Shariff mula mencipta nama dengan filem epik sejarah yang terkenal dan menjadi antara filem yang wajib ditonton oleh setiap penggiat dan pencinta filem bermutu iaitu Lawrence of Arabia (1962).. 

Filem ini menceritakan bagaimana permulaan peranan barat meruntuhkan pemerintahan khalifah terakhir Kerajaan Othmaniah. Omar Shariff pernah menimbulkan kerisauan Kerajaan Mesir atas peranannya dalam watak yang mengguris hati orang Islam antaranya filem yang diganding bersama Barbara Stresaid iaitu Funny Girl.
Mengenali Omar Shariff adalah dengan mengenali dan menonton Lawrence Of Arabia..  Menonton filem ini bermakna mengenali dunia Arab yang bercelaru