Mungkin ada dikalangan kita yang menggemari bunga matahari,
Filem yang ingin dikatakan ini adalah cerita berkenaan bunga matahari dan
kebaikan hati budi seseorang. Bagi
ibu- bapa yang mempunyai kerinduan dan berpisah dengan anak- anak kisah dalam 'Blissfull Sunflower' ini tentunya membuatkan mereka rasa sebak begitu juga
anak- anak yang merindui ibu dan bapa.
Filem ini berlatarkan ethnik Islam Uyghur, disamping menghayati
watak anak perempuan yang keras hati dan cerdik bernama Meiliguli, Filem ini
juga boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang ingin mengetahui bagaimana
masyarakat, budaya dan ekonomi minoriti orang Islam di negara Republik Rakyat Cina.
Meiliguli yang
baru kematian ibunya telah di bawa oleh neneknya iaitu Aihemaiti tinggal bersama, tetapi anak perempuan kecil
ini menuntut agar neneknya mencari ayahnya sebagaimana yang diwasiat oleh
ibunya. Neneknya tidak suka dengan permintaan cucunya kerana neneknya sudah
menganggap menantunya sebagai orang yang tidak baik dan penyangak kerana dua
tahun tidak pulang ke rumah sehingga isterinya mati.
Tuntutan
dan permintaan Meliguili tidak
dipedulikan oleh neneknya walau cucunya merayu sehinggala suatu hari bila Aihemaiti yang baru pulang dari
berjualan di kedainya iaitu kedai menjual kain tudung dan selendang, dia
mendengar cucunya bercakap seorang diri seolah bercakap dengan ayahnya sambil
berlagak memasak dan menuangkan minuman kepada ayahnya. akhirnya neneknya berjanji
untuk membawa cucunya mencari ayahnya dengan syarat jika benar ayahnya seorang yang penyangak Meiliguli mesti berjanji untuk tinggal bersama neneknya.
Berdasarkan
alamat disurat -surat yang dikirim oleh menantunya Aihemaiti bersama
cucunya memulakan perjalanan. Pencarian mereka ke bandar -bandar berdasarkan tempat surat dikirim adalah dengan menumpang
kenderaan dan berjalan kaki kerana kekurangan wang. Di perjalanan inilah mereka
menemui bebearapa orang yang pernah bekerja dan berkawan dengan ayah Meiliguli,
melalui percakapan dari penjual muzik, doktor haiwan, dan peladang pelbagai
cerita menarik diceritakan dan ini membuatkan Meiliguli bangga dengan ayahnya,
dia juga meminta agar neneknya tidak memanggil penyangak kepada ayahnya.
Perjalanan mereka juga menemui seorang perempuan yang juga mencari kekasihnya
yang sebenarnya kekasihnya telah meninggal dunia. Disetiap tempat yang
disinggahi Meiliguli akan melihat adanya bunga matahari setelah kebaikan
dilakukan kepada dia dan neneknya iaitu bunga yang diberitahu oleh arwah ibunya
sebagai mewakili orang yang baik- baik sebagaimana makna namanya Meiliguli.
Hingga semua
tempat telah dikunjungi tetapi mereka masih tidak berjumpa dengan ayah
Meiliguli, setelah berputus asa nenek berhenti di kampung asalnya, di sini
nenek menemui kekasih zaman mudanya yang mana segala kisah dan kejadian yang
membuatkan mereka tidak dapat berkahwin telah terungkai, nenek juga menangis
tetapi seperti kebiasaan apabila ditanya oleh cucunya nenek mengatakan matanya
dimasuki habuk.
Dalam
perjalanan balik dengan berjalan kaki Meiliguli tertinggal beg pemberian
ayahnya, antara barangan lain juga pemberian bapanya adalah bola bercahaya yang
selalu dibawanya dan disitu ada alamat kilang dimana bapanya mungkin bekerja,
Meiliguli dan Ahaimaiti akhirnya sampai di kedai makan yang disitu bapanya bekerja
sebagai tukang masak, Ahaimaiti membelakangi menantunya tetapi Meiliguli asyik
melihat ayahnya. Disinilah kemuncak perasaan oleh seorang anak apabila rindu
kepada ayahnya selama ini telah merobek hatinya bila ayahnya menyapa seorang
anak kecil dalam pangkuan ibunya, Meiliguli menyangka ayahnya kahwin lain dan
sudah ada anak hinggakan dia dilupakan, Jika sesiapa yang mempunyai perasaan
kasih kepada anak tentu mereka akan menitis air mata bila babak Meiliguli berlari
keluar dan menangis teresak- esak di luar kedai itu.
Sekiranya
ingin mengetahui kesudahan cerita menyentuh hati ini cari dan tontonlah filem
yang telah memenangi anugerah ini antaranya
·
The 3rd
"China Association Cup" Award - Best Film - Screenplay
· 14th China
Huabiao Film Awards
1 . Best Young Actress - Shayida Aihemaiti (Won)
2 . Best Children Film (Nominated)
·
28th Golden
Rooster Awards - Best Children Film (Nominated)
Mungkin bila menonton cerita ini
seorang ayah yang berhajat untuk kahwin lain akan memikirkan perasaan anaknya,
seorang nenek yang buruk sangka kepada menantunya boleh memahami apa yang
terjadi dan patut dilayan kepada anak dan menantu, begitu juga seorang anak
seharusnya berusaha mencari dan bersangka baik kepada bapanya. Walaupun filem ini tidak melibatkan
bintang besar tetapi penghayatan watak amat terkesan sekali.