Isnin, 20 Februari 2012

Hapuslah Air Matamu, Al Fatihah abang Latiff..

Antara penerbit yang aktif menerbitkan filem satu masa dulu adalah Sabah Filem Production, salah sebuah filem yang begitu berkesan dalam ingatan penonton adalah filem Hapuslah Air Matamu yang ditayangkan pada tahun 1976 iaitu sewaktu saya berumur 2 tahun. Filem yang diarahkan oleh seniman M.Amin yang juga sewaktu hayatnya saya pernah bekerja dibawah arahannya yang saya kenali cukup penyanyang dan kemas cara kerjanya. Filem Hapuslah Air Matamu dibarisi oleh banyak nama- nama besar dan tersohor adunan angkatan P.Ramlee dan generasi selepasnya iaitu Normadiah, Aziz jaafar, Ahmad Nawab, A.R Ayappan dan AK Jailani. Penyanyi tersohor Broery Marantika dan penerbitnya sendiri iaitu Deddy M.Borhan juga memberi sumbangan kepada lakonan berkesan Sharifah Aini dan heronya Latiff Ibrahim. Sebahagian besar pelakon dan karyawan yang menghasilkan filem cereka 105 minit dengan format 35mm itu sudah meninggal dunia termasuklah hari ini 20 febuari 2012 pelakon utama Latiff Ibrahim juga telah menghembuskan nafas terakhir dua hari sebelum harijadinya kerana masalah jantung.
Saya tidaklah biasa sangat dengan Latiff Ibrahim tetapi bila dalam set yang sama saya dapati Latiff Ibrahim seperti juga kakaknya Sophia Ibrahim dan mungkin Kathy Ibrahim juga seorang yang sentiasa kritis dan menumpukan kepada kerjanya tidak banyak kita dapat mengesan ruang gembira dalam diri Latiff Ibrahim tetapi kita akan rasa tenang bila memandang ketenangan wajahnya. Latiff Ibrahim seperti juga angkatan 70-80anya tidak keterlaluan jika saya katakan kebanyakan mereka pandai jaga imej dan tidak terpengaruh dengan buruan glamor murahan.. Al Fatihah untuk abang Latiff.

Isnin, 13 Februari 2012

Singer Whitney Houston has died at age 48

Sources said Houston died at the Beverly Hilton hotel in Los Angeles this afternoon, US entertainment news site TMZ reports. A police crime lab vehicle has been photographed outside the hotel.The singer was filmed leaving a restaurant in LA just last weekend with her on-again off-again boyfriend Ray-J — who is famous for making a sex tape with Kim Kardashian in 2007. The Emmy Award winning singer has one child, Bobbi Kristina, with husband Bobby Brown. She ended her 14-year marriage to Brown in 2006 after widespread media coverage of the couple's drug and alcohol abuse. Houston holds the Guinness World Record as the most awarded female act of all time. She is famous for her debut acting role in 1992 film The Bodyguard, which included the hit single "I will Always Love You". The song became the best-selling single by a female artist in music history at the time.
http://news.ninemsn.com.au/entertainment/8417985/whitney-houston-dies-at-age-48