Menonton ulangan International India Film Academy (IIFA) 2011 di TV2 yang diadakan di Toronto Kanada membuatkan kita rasa cemburu dan betapa jauhnya Industri Filem Bollywood berada berbanding dengan warga Filem di negara kita. Kita perlu akui bahawa dunia sudah mengenali dan mula dipengaruhi oleh budaya dari Bombay.. dari satu sudut ia adalah baik dan harus disokong oleh orang- orang sebelah timur ini kerana tanpa peralatan canggih dan kewangan yang besar berbanding Hollywood orang sebelah timur menjadi saingan kepada barat dan Hollywood tidak boleh merasakan mereka dominen dalam mempengaruhi dunia.
biarpun dalam banyak perkara Hollywood lebih bertenaga dengan agenda mempengaruhi politik dunia dan Yahudi kita masih bernasib baik dengan imbangan baru dari Bombay.
Rasanya industri filem kita sememangnya sentiasa bertekad untuk maju dan berusaha menembusi dunia tetapi pada masa yang sama negara lain seperti Korea dan Jepun pula semakin menambahkan bilangan negara yang lebih laju dari kita yang suatu zaman dulu berada di depan dalam kebanyakan negara Asia. kita masih tercari- cari semangat dan kehebatan produk dari Cathay Keris dan Shaw Brothers, Kita belum ada pengganti penerbit yang berkomitmen dan memberi kebebasan berkarya sebagaimana yang di beri oleh Run Run dan Runmie Shaw juga En Loke lebih membuat karyawan kita dalam kegelapan adalah gagalnya pewaris seni layar mengambil sesuatu daripada ilmu dan jiwa P.Ramlee lebih menduka cita lagi adalah sukarnya mencari aktor dan aktres sebenar yang mana mendahulukan kerjaya daripada glamor, gosip dan gaya mewah.
Untuk menarik semula khalayak pembikin dan pemain filem agar kembali melihat realiti mereka jangan berangan dengan filem- filem besar dan belanja jutaan dolar dari barat.. mereka jangan malu untuk belajar apa yang dipersembahkan oleh Bollywood yang tak pernah padam semangatnya sejak dari permulaan dinasti Kappor dikenali.. tak perlu malu untuk belajar dari Bollywood kerana itulah budaya dan impian orang timur dan itu jugalah formula Jalan Ampas yang pernah meletakkan Malaya sebagai kilang perfileman yang disegani atas tunjuk ajar L.Krishnan dan Phani Majundar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan