Antara kekuatan filem Hindi adalah dialog dan nyanyian yang diolah dengan bahasa kesusasteraan yang indah, Penggambaran yang dilakukan di utara India berhampiran pergunungan Himalaya juga cukup membuatkan filem mereka Berjaya menarik perhatian pencinta keindahan dan keaslian alam umpama syurga dunia itu. Khasmir sudah diakui sebagai syurga bagi hati yang sedang mencari kedamaian dan igauan dalam cinta.
Andaz yang pernah menjadi fenomena di zaman orang tua kita dulu masih menyengat dan berupaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Mengisahkan Geeta sebagai guru dari Bombay yang kematian suaminya Raj. Sebagai seorang balu yang punya kesantunan yang tinggi Geeta mengambil masa yang lama untuk menerima ravi, itupun setelah berkali- kali dipujuk dan dinasihati oleh seorang Father / Rahib agar memberi peluang kepada anaknya Dipu yang sudah menganggap Ravi seperti ayahnya begitu juga anak Ravi, Munni yang sudah akrab dengan Geeta yang dipanggilnya Ibu, Dipu pula seperti abangnya sendiri. Sementara Ravi tidak puas dipikat dengan berbagai cara oleh Mahua iaitu gadis kampung yang akhirnya membunuh diri setelah dinoda oleh adik Ravi sendiri.
Kemuncak kepada babak menyentuh hati adalah keenganan ibu Ravi menerima Geeta sebagai menantu kerana hasutan dua adik lelaki Ravi tetapi kebenaran akhirnya terungkai dan ibu Ravi telah menyesal dia menawarkan diri untuk memujuk Geeta yang sudah bersiap untuk berangkat ke Bombay dengan keretapi bersama bekas mertuanya. Tetapi ikatan kasih antara Dipu dan Munni akhirnya membuatkan Geeta menerima Ravi dalam hidupnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan