Isnin, 22 Ogos 2011

Andaz.. mengulit kenangan.


Antara kekuatan filem Hindi adalah dialog dan nyanyian yang diolah dengan bahasa kesusasteraan yang indah, Penggambaran yang dilakukan di utara India berhampiran pergunungan Himalaya juga cukup membuatkan filem mereka Berjaya menarik perhatian pencinta keindahan dan keaslian alam umpama syurga dunia itu. Khasmir sudah diakui sebagai syurga bagi hati yang sedang mencari kedamaian dan igauan dalam cinta. 
Andaz yang pernah menjadi fenomena di zaman orang tua kita dulu masih menyengat dan berupaya meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Mengisahkan Geeta sebagai guru dari Bombay yang kematian suaminya Raj. Sebagai seorang balu yang punya kesantunan yang tinggi Geeta mengambil masa yang lama untuk menerima ravi, itupun setelah berkali- kali dipujuk dan dinasihati oleh seorang Father / Rahib agar memberi peluang kepada anaknya Dipu yang sudah menganggap Ravi seperti ayahnya begitu juga anak Ravi, Munni yang sudah akrab dengan Geeta yang dipanggilnya Ibu, Dipu pula seperti abangnya sendiri. Sementara Ravi tidak puas dipikat dengan berbagai cara oleh Mahua iaitu gadis kampung yang akhirnya membunuh diri setelah dinoda oleh adik Ravi sendiri.
Kemuncak kepada babak menyentuh hati adalah keenganan ibu Ravi menerima Geeta sebagai menantu kerana hasutan dua adik lelaki Ravi tetapi kebenaran akhirnya terungkai dan ibu Ravi telah menyesal  dia menawarkan diri untuk memujuk Geeta yang sudah bersiap untuk berangkat ke Bombay dengan keretapi bersama bekas mertuanya. Tetapi ikatan kasih antara Dipu dan Munni akhirnya membuatkan Geeta menerima Ravi dalam hidupnya..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Seniman Bujang Lapok.. P.Ramlee pun tergelak dengan kelakar Sudin

Satu adengan dalam sejarah perfileman negara barangkali tidak keterlaluan jika dunia juga ikut tergelak dengan satu babak yang tak mungkin dapat dilupakan oleh setiap orang yang melihatnya iaitu babak sceen test dalam filem Seniman Bujang Lapuk dengan director Ahmad Nisfu. Bersesuaian dengan latar zaman yang dilakonkan, kostum yang dipakai oleh ketiga mereka sungguh berimaginasi di tambah dengan nama watak yang mungkin berlaku di zaman Majapahit tua atau kerajaan .. namun dialog spontan merekalah yang cukup terkesan. Satu sahaja yang kita nak kongsi adalah sebenarnya seniman Tan Sri P. Ramlee juga tergelak dengan lawak S. Samsuddin yang selamba itu. Kita ikuti petikan dialog yang disumbang oleh rakan yang menamakan dirinya hamba rakyat iaitu ;

Ramlee: sungguh senang hati beta... beta lah yg digelar setan aminur rashid 
Ahmad nisfu: cut... bukan setan syaitan... sultan... . 
Ramlee: sungguh senang hati beta... beta lah yg digelar sultan aminur rashid... mamanda menteri... ada apa-apa perkhabaran
 Aziz: ada tuanku.. seorang saudagar telah meminta tuanku utk merasmikan pembukaan kandang harimau nya...  
Ahmad Nisfu: cut... . pembukan kandang harimau.. skali rimau ngap... mampus kau... pembukaan ladang limaunya.. bodoh bahlul...
 Aziz: ada tuanku.. seorang saudagar telah meminta tuanku utk merasmikan pembukaan ladang limaunya... .
Ramlee: bagus.. memanda menteri.. bagus.. jikalau begitu.. sebelum subuh beta sampai... . 
Ahmad Nisfu: cut... sebelum subuh buat apa... orang belum bangun tidur... selepas subuh... bodoh...
Ramlee: bagus.. memanda menteri.. bagus.. jikalau begitu.. selepas subuh beta sampai... . datuk perdana menteri boleh beredar..
Aziz: ampun tuanku... 
Ramlee: wahai datuk ahli nujum maram kerapu kepunden maram sekeper... . malam td beta bermimpi...    seketul tahi lembu telah jatuh melekap di muka beta... apa maknanya... 
Sudin: ampun tuanku.. mengikut ramalan patik.. tuanku akan ditimpa bahaya... 
Ramlee: tidak.. tidak.. hanya sipi.. sipi... . jatuh ke bahu beta.. 
Sudin: ooh sipi.. itu bermakna tuanku akan ditimpa demam malaria tapioka... 
Ramlee: ooohh bukan sipi.. beta ketis.. pelepap... atas muka tuan director ahmad nisfu... 
Sudin: itu maknanya tuan director nak mampus... 

Itulah antara petikan yang berjaya terngiang- ngiang ditelinga hingga kini.. dan boleh membuat kita senyum sendiri.