Ahad, 16 Jun 2019

The Cocaine Godmother

Selepas kerajaan Malaysia bertukar, boleh dikatakan saya tidak lagi melihat berita perdana. Jika pasang Tv saya akan melihat saluran berbayar Iflix layan cerita dan filem asing.

Hari ini saya melihat filem "The Cocaine Godmother" sebuah filem tentang wanita yang menjadi raja dadah yang bergiat di Miami serta tempat asalnya Colombia. Gisela Blanco lakonan Cattherine Zeta Jones, Gisele dari keluarga porak peranda di kawasan miskin, sejak kecil terlibat dengan kegiatan penyeludupan, penculikan, pembunuhan serta melacur sebagaimana ibunya. Gisela Bianco sendiri membunuh 3 orang suaminya atas sebab menjaga kedudukan dan perniagaan serta keseronokan. Dalam filem ini Gisela Blanco digambarkan juga seorang mempunyai keinginan songsang, ibu yang sayangkan anak- anak serta seluruh organisasi. ia juga terkenal dengan nama La Madelina dan Black Widow atas kehebatan menguasai kartel dan juga kejam terhadap pesaingnya. La Madelina adalah sezaman dengan raja dadah terkenal Pablo Escobar, mereka berdua saling memerlukan dalam aktiviti dadah. Filem ini disudahi dengan kematian Gisele blanco yang ditembak oleh penyerang bermotosikal di depan kedai daging di Madelline Colombia pada 2012 sewaktu berusia 69 tahun anda boleh menonton filem ini..


Menonton filem ini mengingatkan saya kepada seorang kenalan perempuan satu waktu dulu, perjalanan hidupnya juga menarik. saya berjumpa dengannya selepas dia meninggalkan aktiviti bahayanya, Dia terjerumus dalam kegiatan penyeludupan senjata api di Indochina selepas bercerai dengan suami, ada kesan torehan pisau di badannya yang katanya terjadi semasa aktivitinya di sana. dia menjalankan aktiviti sebegitu bertahun lamanya sehingga berjaya membeli bangunan kedai, membeli saham serta membina rumah untuk keluarganya. waktu berjumpa dengannya saya adalah bapa tunggal, perkenalan kami hampir pergi jauh dan dia sempat menjaga anak saya untuk beberapa waktu, mungkin tiada jodoh saya abaikannya walaupun dia bersedia menukar agama sekiranya saya serius tetapi pintu hati saya tidak terbuka waktu itu walaupun dia ada rupa serta pernah menghiasi kalendar. Selepas lama tidak bertemu saya ke rumah orang tuanya bertanya khabar.. diberitakan dia sakit dan sering berulang alik ke hospital. Saya berharap hidupnya lebih baik daripada Gisela Blanco dan masih menyimpan serta membaca Tafsir Al- Quran yang saya hadiahkan kepadanya dulu.