Isnin, 7 Oktober 2019

Coffee Shop

Kedai kopi, selain sebagai tempat membasah tekak, lebih luas lagi kedai kopi adalah tempat pertemuan, perbincangan, perundingan serta juga menjadi tempat ikatan sesuatu perjanjian juga tempat lahirnya cinta dua jiwa. Kedai kopi memainkan peranan besar selepas tempat ibadat bagi sebuah komuniti.


Beberapa hari lepas, dalam chatting bersama grup whatsapp, rakan- rakan membicara tentang kedai kopi, saya turut tersenyum dan geli hati dangan tulisan rakan, jadi bila melihat senarai filem untuk tontonan malam kelmarin saya memilih judul Coffee Shop arahan Dave Alan Johnson.

Saya termasuk dalam salah seorang yang panas punggung jika berlama- lama di kedai kopi, saya tidak pandai memanfaatkan masa di kedai kopi sebagaimana kebanyakan orang, saya selalu perasan saya lah sentiasa menjadi orang yang lebih dahulu angkat kaki walaupun orang yang awal berada di kedai kopi masih belum habiskan secawan kopi mereka, tetapi bila menonton Coffee Shop mungkin saya kena lebih menghormati budaya dan tata cara mengunjungi kedai kopi.. menikmati kopi atau teh dengan santun serta cuba berkongsi rasa orang yang ada di kedai kopi.

Coffee Shop adalah kisah tentang wanita muda bernama Donovan Turner lakonan Laura Vandervoort yang dari kecilnya sudah diasuh oleh ibunya dengan kecekalan, mampu menangani setiap masalah yang dihadapi. Di usia 19 tahun Donovan memulakan kedai kopi di sebuah bangunan lama yang hampir dirobohkan, Donovan membina identiti dan suasana kedai kopi mengikut amalan kopi Ethiopia di Afrika yang mana biji kopi menjadi rasa yang pelbagai dan digemari. Donovan menjadikan kedai kopinya istimewa apabila bancuhan kopi mesin menjadi pelbagai rasa dari pahit, manis, krim sebagaimana dikehendaki pelanggan mengikut suasana dan perasaan yang dihadapi pelanggan inilah yang menjadikan kedai kopi Donovan sangat dekat dan digemari oleh masyarakat sekitar. Donovan juga menjalinkan hubungan yang baik dengan kejiranan dan masyarakat sekitarnya. Tetapi setelah kehadiran pengurus bank, Donovan menjadi risau apabila diugut dengan penyitaan jika gagal menyelesaikan pinjamannya, Donovan teringatkan sifat ibunya yang sentiasa menghadapi kesukaran dengan tenang..

Keistimewaan kedai kopi Donovan menarik minat penulis untuk menghasilkan skrip bagi pementasan teater di Broadway. Penulis bernama Ben telah mengunjungi dan berada di bandar kecil tepi laut ini kehadiran Ben juga menjadi dilema kepada Donovan yang sedang mencari orang dicintai dan boleh dipercayai. Donovan yang ditinggalkan pasangannya Patrik setahun yang lalu akan bertemu kembali dengan kekasihnya itu tetapi kali ini sudah berbeza walaupun Donovan masih berharap cinta mereka kembali terjalin namun Patrik sudah menjadi orang yang berjaya di Chicago serta mempunyai perancangan untuk menjual kedai kopi Donovan yang dianggapnya tidak lagi ekonomik dan seeloknya diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan tapak parking kereta. Donovan tidak dapat menerima cadangan penutupan kedai kopinya. Dalam kerisauan itu Donovan mengadakan majlis amal di kedai kopinya, Donovan bermain piano dan menyanyikan sebuah lagu yang sangat terkesan kepada pengunjung, waktu itu Ben yang berada di situ turut menyatakan isi hatinya dan Donovan juga menyambut baik hasrat Ben, mereka bercinta. Ben menyiapkan tulisanya dan dibawa ke New York, tulisan yang menarik itu diterima dengan gembira oleh penerbit dan mendapat bayaran yang besar. Dengan hasil tulisan itu mereka menyelesaikan pinjaman bank yang dibuat oleh Donovan, kedai kopi dapat diselamatkan.


Itulah kisah dalam Coffee Shop walaupun filem ini tidak memberikan kejutan dalam plotnya tetapi ia ada keindahan dan romantik disamping menampilkan kepentingan hubungan sesama rakan dan masyarakat dalam menyelesaikan konflik, ia juga menguatkan kita tentang kepentingan nilai kemanusiaan yang sepatutnya lebih diambil berat berbanding keuntungan dan peluang dalam perniagaan.

Selasa, 24 September 2019

Poldark


Rupanya siri Poldark sudah masuk musim ke 2, beberapa bulan lalu setiap malam saya akan menonton siri ini di rangkaian Iflix, Malam ini saya lihat Siri Poldark musim 1 masih ada lagi.. rasa nak tonton semula kisah yang menarik ini. Poldark musim 1 bermula dengan kembalinya Ross Poldark daripada perang kemerdekaan Amerika, Kapten Ross Poldark kembali ke Cornwall Kepulanganya yang membuatkan keluarganya terkejut kerana menyangka dia sudah mati dalam perang. Ross Poldark dikejutkan dengan kematian ayahnya, perebutan harta keluarga, rumah warisan yang tidak terurus, dan juga kekasihnya Elizabeth yang akan berkahwin dengan sepupunya francis, mendiang ayah Ross Poldark, Joshua meninggalkan lombong tembaga yang banyak menimbulkan konflik dengan pesaing terutama daripada Warleggan yang licik dan ingin menguasai indusri lombong tembaga.

Siri Poldark adalah berdasarkan novel oleh Winston Graham ia tentang golongan elit, pengusaha lombong dan tuan tanah di zaman Victoria, kita dipersembahkan dengan kisah bersahaja tetapi menjadi menarik dengan jalan cerita tentang keunggulan lelaki bernama Kapten Rose Poldark yang cekal dan berpendirian walaupun terpaksa menghadapi kesukaran, pengkhianatan dan rintangan dalam meneruskan matlamat.

Anda akan tertarik dengan watak - watak di sekeliling Ross Poldark seperti Demelza isterinya, Elizabeth kekasih sepanjang hidupnya, pesaing dan musuhnya dalam perniagaan dan peribadi George Warleggan, pembantu dan rakan dalam susah senang Dr Dwight Enys serta Varity Blamey , Anda juga akan dapat menerima tindakan oleh watak- watak yang kadang kala menjadikan yang baik akan lakukan benda yang tidak baik serta watak jahat akan membuat kebaikan dalam sesuatu hal sesuai dengan emosi dan pergolakan watak.

Siri Poldark juga membuatkan kita tertarik dengan keindahan Cornwall di tepi laut bertebing tinggi serta padang rumput yang luas, Salah satu yang menjadi perhatian untuk saya menonton siri ini juga adalah kerana tertarik dengan latar zaman iaitu 1781 - 1801 yang menampilkan kostum pakaian ala kolonial yang mana jaket panjang selalu menjadi ikutan oleh penyanyi atau band Rock serta topi segi tiga yang mengingatkan kepada zaman penjelajah lautan dan penemuan tanah baru.

keadaan yang paling terkesan dalam ingatan saya adalah ketenangan Ross Poldark menolak dengan penuh berhati hati dan berpendirian bila ditawarkan untuk dicalonkan dalam pilihanraya walaupun ketika itu dia adalah individu paling dikenali dan popular di Truro dan Cornwall

Tindakan Ross Poldark pada suatu malam yang kembali bersama Elizabeth dan hampir berkahwin dengan kekasihnya tetapi tidak terjadi bila Demelza berjaya membuatkan Ross Poldark dalam dilema dan Elizabeth tiada pilihan menerima George Warleggan sebagai suami keduanya, Saya juga tidak menjangka bahawa watak Demelza menyerah maruahnya setelah terjerat dengan simpati serta kasih sayang kepada Hugh Armitage anak saudara kepada bangsawan yang dihormati yang diselamatkan oleh Ross Poldark dari penjara di Perancis bersama Dr Enys.


Kisah daripada novel biasanya adalah bermutu tetapi jarang pengarah dan pelakon boleh menjadikan ia sebagaimana dalam novel, siri Poldark ini ternyata begitu popular di seluruh dunia berdasarkan jumlah tontonan.  

SeriesEpisodesOriginally airedAverage UK viewers
(millions)
First airedLast aired
188 March 201526 April 20158.11
2104 September 20166 November 20166.94
3911 June 20176 August 20176.68
4810 June 201829 July 20186.11
5814 July 201926 August 20195.50





Ahad, 16 Jun 2019

The Cocaine Godmother

Selepas kerajaan Malaysia bertukar, boleh dikatakan saya tidak lagi melihat berita perdana. Jika pasang Tv saya akan melihat saluran berbayar Iflix layan cerita dan filem asing.

Hari ini saya melihat filem "The Cocaine Godmother" sebuah filem tentang wanita yang menjadi raja dadah yang bergiat di Miami serta tempat asalnya Colombia. Gisela Blanco lakonan Cattherine Zeta Jones, Gisele dari keluarga porak peranda di kawasan miskin, sejak kecil terlibat dengan kegiatan penyeludupan, penculikan, pembunuhan serta melacur sebagaimana ibunya. Gisela Bianco sendiri membunuh 3 orang suaminya atas sebab menjaga kedudukan dan perniagaan serta keseronokan. Dalam filem ini Gisela Blanco digambarkan juga seorang mempunyai keinginan songsang, ibu yang sayangkan anak- anak serta seluruh organisasi. ia juga terkenal dengan nama La Madelina dan Black Widow atas kehebatan menguasai kartel dan juga kejam terhadap pesaingnya. La Madelina adalah sezaman dengan raja dadah terkenal Pablo Escobar, mereka berdua saling memerlukan dalam aktiviti dadah. Filem ini disudahi dengan kematian Gisele blanco yang ditembak oleh penyerang bermotosikal di depan kedai daging di Madelline Colombia pada 2012 sewaktu berusia 69 tahun anda boleh menonton filem ini..


Menonton filem ini mengingatkan saya kepada seorang kenalan perempuan satu waktu dulu, perjalanan hidupnya juga menarik. saya berjumpa dengannya selepas dia meninggalkan aktiviti bahayanya, Dia terjerumus dalam kegiatan penyeludupan senjata api di Indochina selepas bercerai dengan suami, ada kesan torehan pisau di badannya yang katanya terjadi semasa aktivitinya di sana. dia menjalankan aktiviti sebegitu bertahun lamanya sehingga berjaya membeli bangunan kedai, membeli saham serta membina rumah untuk keluarganya. waktu berjumpa dengannya saya adalah bapa tunggal, perkenalan kami hampir pergi jauh dan dia sempat menjaga anak saya untuk beberapa waktu, mungkin tiada jodoh saya abaikannya walaupun dia bersedia menukar agama sekiranya saya serius tetapi pintu hati saya tidak terbuka waktu itu walaupun dia ada rupa serta pernah menghiasi kalendar. Selepas lama tidak bertemu saya ke rumah orang tuanya bertanya khabar.. diberitakan dia sakit dan sering berulang alik ke hospital. Saya berharap hidupnya lebih baik daripada Gisela Blanco dan masih menyimpan serta membaca Tafsir Al- Quran yang saya hadiahkan kepadanya dulu. 

Selasa, 26 Februari 2019

2019 Oscar Winners: Green Book and Bohemian Rhapsody Win Big

Mungkin ramai peminat perfileman yang memberi tumpuan kepada kemenangan aktor lelaki Rami Malik yang dinobat sebagai pelakon lelaki terbaik pada Oscar 2019 melalui filem Bohemian Raphsody.Tidak dinafikan bahawa pelakon utama paling mempengaruhi sambutan dan kejayaan sesebuah filem, kemenangan Rami Malek ini menenggelamkan seluruh kategori lain yang dipertandingkan. Bohemian Rhapsody adalah nama sebuah lagu yang menjadi sentuhan luar biasa penciptanya yang juga penyanyi utama kumpulan Queen iaitu mendiang Freddie Mercury dan pembikinan filem ini adalah sebuah biografi tentang Freddie Mercury. saya juga antara orang yang tertarik dengan penghasilan serta penampilan mendiang Freddie dan ada juga mencuba beberapa rangkap lagu tersebut sambil bermain piano.. 


Pada penilaian saya apa yang seharus menjadi tumpuan utama dalam pemilihan filem adalah kategori pengarahan dan filem terbaik iaitu dimenangi oleh Alfonso Cuaron dan Filem Green Book. Pada saya Green Book yang menang 3 kategori adalah lebih diatas berbanding Bohemian Rhapsody yang menang 4 kategori tetapi sebenarnya 3 kategori suntingan iaitu sound editing, sound mixing dan editing adalah kebiasaannya seorang penyunting akan terlibat dalam semua kerja keseluruhan penyuntingan jadi itu adalah kemenangan kategori suntingan terbaik. Saya sudah menonton beberapa segmen dalam Bohemian Rhapsody apa yang saya anggap pemilihan Rami Malek adalah kerana gigi dan rahanya bukan kerana fizikalnya, fizikzal Freddie besar sedikit dan tegap berbanding Rami Malek. 

Buat masa ini saya belum menonton Green Book oleh itu filem ini saya letakkan dalam senarai untuk ditonton. Di bawah ini adalah senarai penuh kategori dipertanding dan yang menang adalah yang bertulisan tebal

Best Picture

Best Director

Alfonso CuarĂ³n, Roma
Spike LeeBlacKkKlansman
Adam McKay, Vice
Yorgos Lanthimos, The Favourite
Pawel Pawlikowski, Cold War

Best Actress in a Leading Role

Glenn Close, The Wife
Lady Gaga, A Star Is Born
Olivia ColmanThe Favourite
Melissa McCarthy, Can You Ever Forgive Me?
Yalitza Aparicio, Roma

Best Actor in a Leading Role

Christian Bale, Vice
Rami Malek, Bohemian Rhapsody
Bradley Cooper, A Star Is Born
Viggo Mortensen, Green Book
Willem Dafoe, At Eternity’s Gate

Best Actress in a Supporting Role

Regina King, If Beale Street Could Talk
Amy Adams, Vice
Emma Stone, The Favourite
Marina de Tavira, Roma
Rachel Weisz, The Favourite

Best Actor in a Supporting Role

Mahershala Ali, Green Book
Adam Driver, BlacKkKlansman
Richard E. Grant, Can You Ever Forgive Me?
Sam Elliott, A Star Is Born
Sam Rockwell, Vice

Best Original Song

“All the Stars” from Black Panther
“I’ll Fight” from RBG
“The Place Where Lost Things Go” from Mary Poppins Returns
“Shallow” from A Star Is Born
“When a Cowboy Trades His Spurs for Wings” from The Ballad of Buster Scruggs

Best Original Screenplay

The Favourite
First Reformed
Green Book
Roma
Vice




Best Adapted Screenplay

The Ballad of Buster Scruggs
BlacKkKlansman
Can You Ever Forgive Me?
If Beale Street Could Talk
A Star Is Born

Best Original Score

Black Panther
BlacKkKlansman
If Beale Street Could Talk
Isle of Dogs
Mary Poppins Returns

Best Foreign Language Film

Cold War
Roma
Shoplifters
Capernaum
Never Look Away

Best Animated Feature Film

Best Documentary Feature

Free Solo
Hale County This Morning, This Evening
Minding the Gap
Of Fathers and Sons
RBG

Best Makeup and Hairstyling

Border
Mary Queen of Scots
Vice

Best Costume Design

Ballad of Buster Scruggs
Black Panther
The Favourite
Mary Poppins Returns
Mary Queen of Scots

Best Production Design

Black Panther
The Favourite
First Man
Mary Poppins Returns
Roma

Best Cinematography

Cold War
The Favourite
Never Look Away
Roma
A Star Is Born

Best Sound Editing

Black Panther
Bohemian Rhapsody
First Man
A Quiet Place
Roma

Best Sound Mixing

Black Panther
Bohemian Rhapsody
First Man
Roma
A Star Is Born

Best Film Editing

BlacKkKlansman
Bohemian Rhapsody
The Favourite
Green Book
Vice

Best Animated Short Film

Animal Behaviour
Bao
Late Afternoon
One Small Step
Weekends

Best Documentary Short Subject

Black Sheep
End Game
Lifeboat
A Night at the Garden
Period. End of Sentence.

Best Visual Effects

Avengers: Infinity War

Best Live Action Short Film


Detainment
Fauve
Mother
Marguerite
Skin