Selasa, 20 November 2018

Born To Touch Your Feelings..

Masa alam persekolahan memang banyak kenangan manis.. ada yang mempunyai kenangan sebagai pelajar cemerlang, pelajar disukai guru, pelajar popular, atlit sekolah, juara dalam mengharumkan nama sekolah dan sebagainya dan tak kurang juga pelajar yang sering menjadi bualan kerana kenakalan, kuat bercinta, kaki buli, sering bergaduh dalam sekolah, selalu kena tangkap kerana merokok dan seumpamanya.. 

Saya juga ada kenangan yang masih kekal menjadi ingatan dan rasanya baru sahaja berlalu.. Satu daripadanya adalah kesukaan kepada muzik.. walaupun saya tidak pernah membuat penampilan seperti membuat persembahan nyanyian namun saya sangat mudah dapat menjiwai lagu lagu.. mungkin ini warisan daripada bakat Ibu yang masa mudanya adalah seorang penyanyi di pentas pentas majlis juga sekali sekala di radio. 

Sejak sekolah rendah saya mempunyai sebuah buku yang ditulis dengan lagu lagu yang popular waktu itu. Saya boleh ingat dengan cepat setiap lagu yang ditulis dan sehingga kini walaupun saya baru dengar sesebuah lagu saya akan boleh cepat menyanyikannya dengan agak baik.

Waktu di tingkatan enam saya ke sekolah dengan motosikal Suzuki Jet yang telah diubahsuai dan ranggi..


lepas waktu sekolah terutamanya waktu malam saya kerap melepak dengan kawan baik yang waktu itu kerja menjaga ternakan ayam daging, kini kawan ini sudah menjadi guru.. bersama gitar tongnya kami melalak sambil menikmati ayam goreng.


Dengan sebuah Walkman saya akan mainkan kaset dalam perjalanan ke sekolah kerana jarak hampir 20km dari rumah selalunya dapatlah menghabiskan satu pusingan kaset.. sampai dalam kelas saya dah boleh lagukan apa yang didengar melalui headphone di telinga  dan yang paling saya ingat adalah lagu dari kumpulan lagenda Scorpion, selain lagu You and 1, Wind of change, Is There Anybody There, Still Loving You, Alway Somewhere adalah lagu Born To Touch Your Feelings.. 


lagu ini paling terkesan dan membuai dalam banyak banyak lagu ballads oleh Scorpion. Saya percaya ramai yang menyukai dan boleh mengalunkan dengan baik.