Sabtu, 20 Oktober 2018

Inkheart

Kisah yang cukup menarik dan menjadi impian sebilangan kanak- kanak, bayangkan kita mempunyai "lidah masin" yang boleh menghidupkan watak dan suasana dalam sebuah buku menjadi realiti. Waktu dua anak perempuan saya masih kecil saya sering menyanyi lagi kanak- kanak seperti Ba Ba Black Ship, Jack and Jill, Kereta Kecil Warna Merah, Bangau Oh Bangau juga  membaca buku cerita rakyat untuk mereka, jadi bila Filem ini bermula dengan membaca buku cerita kepada anak kecil ia membuatkan saya terus menontonnya.


Inkheart menceritakan Mortimer Folchart yang secara tidak sengaja membaca buku dengan lisan dan menjadikan setiap watak dalam buku berjudul Inkheart turun ke dunia tetapi dalam setiap watak yang menjelma akan memerlukan watak lain untuk masuk ke dalam buku, dalam peristiwa ini isterinya Resa sendiri ditarik masuk ke dalam buku menyebabkan Mortimer berikhtiar untuk membawa pulang isterinya Mortimer berjanji tidak mahu lagi membaca buku secara lantang dalam masa yang sama ia diburu oleh watak dalam buku yang mempunyai kepentingan masing- masing seperti Capricon dan Dustfinger. Dalam pengembaraan bersama anak perempuanya, rupa rupanya anaknya juga memiliki kebolehan sepertinya. kelebihan ini menyebabkan anaknya turut menjadi mangsa watak- watak jahat dalam Inkheart.


Filem ini mampu memupuk kesukaan membaca buku, saya tertarik dengan usaha watak Mortimer dan anaknya Maggie dalam mencari buku- buku lama dan saya juga pernah berimpian mempunyai sebuah perpustakaan di rumah sebagaimana yang dimiliki oleh Elinor Loredan Bila melihat keseronokan membaca ia mengingatkan bagaimana saya pernah menyukai aktiviti membaca. Dan waktu zaman sekolah dulu saya bukanya dari kalangan anak anak yang pandai tetapi saya suka membaca buku teks berulang kali, walaupun saya tidak masuk kelas tuisyen, saya tidak ada buku rujukan, saya selalu ponteng kelas, saya tidak suka menulis buku latihan, saya banyak tidur dalam bilik darjah tetapi saya sentiasa dapat cemerlang dalam setiap peperiksaan utama. sehingga kini saya selalu berpesan kepada anak anak agar baca buku teks.


Dalam Inkheart penulis bukunya sendiri turut terlibat dengan pengembaraan bersama watak watak ciptaannya, akhir sekali dia terpaksa membantu Mortimer untuk melawan kejahatan dan berusaha menulis kembali beberapa plot dalam Inkheart bagi menghalang bencana yang lebih besar oleh The Shadow