Selasa, 28 Jun 2016

Suasana Hari Raya dari Cassidy Anderson

Hari raya hampir menjelma, ke mana saja lagu riang dan sendu bertemakan hari raya berkumandang. Walaupun tidak lagi berada dalam lingkungan anak seni tapi semangat seni tetap berada dalam jiwa, kini seni hanyalah sebagai penghibur hati, halua telinga dan tontonan mata yang jika ada boleh diterapkan ke dalam kehidupan dan aktiviti hari ini. dalam bulan ini dua lagu yang sangat menarik minat saya salah satunya saya cuba mengikut rentak iaitu lagu berbahasa tagalog 'anak', sungguh lagu ini telah diterjemah ke berpuluh bahasa di dunia. Satu lagi yang mungkin kita masih ingat oleh wanita dari Australia iaitu Cassidy Anderson yang mempunyai banyak kecenderungan seni, dia juga bersusur galur daripada keluarga seni, Cassidy memilih untuk menggemari bahasa Melayu. Sempena hari raya ini kita dengarkan lagu 'Suasana Hari Raya' dendangan orang yang tak pernah menjalani ibadat puasa dan hari raya tetapi berupaya mengalun lagu kita dengan baik. 

Isnin, 6 Jun 2016

You're Ugly Too


Dipenjara kerana tuduhan membunuh tanpa niat ke atas abang ipar sendiri dalam pergelutan mempertahan adiknya, manakala anak saudara pula hidup tanpa ayah dan akhirnya bersendirian setelah ibunya pula meninggal dunia, kini terpaksa hidup bersama bapa saudara yang dicurigai atas sebab perbuatan yang lalu. Bapa saudara lakonan Aiden Gillen pula mengharapkan hukuman diringankan kerana hanya dia satu satunya pewaris untuk menjaga Stacey.
Penggambaran di Ireland 'You're Ugly Too'. Lakonan Aiden Gillen sebagai bapa saudara dan lauren Kinsella anak saudara perempuan berumur 11 tahun, mereka berpindah dari Dublin dan tinggal di rumah caravan tinggalan ibu Stacey yang baru meninggal dunia. Sebagai bapa saudara Aiden menganggap Stacey sebagai anak dan kawan yang memahami dirinya, Stacey selalu menerjah pemikiran Aiden tentang punca ia dipenjarakan. Stacey di bawa bersama sewaktu Aiden mencari pekerjaan, kesukaran mendapat kerja kerana ketulusan hati menceritakan latar belakang penjaranya menyebabkan dia hanya mendapat pekerjaan sebagai pembantu lori pemungut sampah.
Stacey sering teringatkan ibunya, Stacey juga cuba mengeratkan hubungan Aiden dengan gurunya namun akhirnya hubungan mereka tidak dapat diteruskan disebabkan guru Stacey iaitu Emilie menghilangkan diri ketika Aiden hendak dihantar ke penjara semula sementara Stacey dijaga di rumah anak yatim.. Filem tentang kehilangan, cinta dan harapan ini mengingatkan saya pada anak perempuan saya, yang mana babak makan aiskrim dijalanan mengimbau waktu kami makan aiskrim di Pulau Nami