Sabtu, 21 Mei 2016

Habibie & Ainum



Filem ini memerihalkan kisah yang benar- benar berlaku. Walaupun filem ini mengisahkan seorang bekas Presiden di negara Indonesia tetapi penceritaannya lebih menumpukan kepada hubungan cinta dan kehidupan antara BJ Habibie dan Ainum. ketika di dalam beca Habibie melamar Ainum dan antara dialognya, 
Habbibie : “Aku tidak bisa berjanji kehidupan di sana bagaimana, tidak bisa janji kita tinggal dimana, tapi aku bisa berjanji akan menjadi suami yang baik untuk kamu”
Ainun : “Aku tidak bisa berjanji menjadi istri yang baik untuk kamu, tapi aku berjanji akan selalu menemani kamu untuk menggapai mimpi-mimpimu.”

Selepas mereka berkahwin Habibie membawa Ainum ke Jerman, tempat beliau bekerja dengan firma kejuruteraan lokomotif, di sana Habibie dan Ainum menempuh kesukaran hidup kerana pendapatan yang kecil, tinggal di flat yang kecil, Habibie pernah melecur kakinya disebabkan kasutnya koyak tidak berganti, sewaktu mencuci luka suaminya Ainum meminta kepada Habibie untuk pulang ke Indonesia untuk meringankan beban perbelanjaan mereka yang ketika itu Ainum mengandung, Tetapi Habibie mengatakan.. 
“Ainun, kita ini seperti sedang berada di sebuah lorong, gelap, panjang… Tapi setiap lorong pasti ada ujungnya, pasti ada cahaya yang menuntunnya. Aku janji akan membawamu ke cahaya itu.”
Selepas kejayaan Habibie mencipta landasan kereta api ringan yang boleh menampung beban 200 tan kehidupan mereka semakin baik. Habibie berhasrat ingin menabur bakti di Indonesia tetapi waktu itu tiada kekosongan, Habibie terus mencipta nama dengan ciptaan baru di Jerman menyebabkan kedutaan Indonesia menghubungi dan meminta beliau pulang ke Indonesia kerana Presiden Suharto sedang giat membangunkan negara. Habibie ingin mengembangkan cita citanya membangunkan kapal terbang yang mana turut menghubungkan 12,000 pulau pulau di Indonesia, dan ini jugalah janjinya kepada Ainum ketika Ainum pertama kali naik kapal terbang ke Jerman, Habibie berjanji akan membina trak terbang yang selamat untuk Ainum.
Kejayaan demi kejayaan Habibie menyebabkan beliau dilantik sebagai menteri oleh Suharto, bermulalah cabaran dalam hidupnya terutama perlu bersih daripada rasuah yang disogok oleh ahli perniagaan, Habibie dengan dorongan isterinya dan pesanan ibunya berjaya menangkis sogokan berupa wang, kebendaan juga perempuan. Kerana cintanya Habibie dapat menjalankan tugas dengan cemerlang tanpa mengenal penat lelah seperti dialog Ainum : Kamu bukan Superman! Kalau kamu tidak bisa memimpin tubuh kamu sendiri, bagaimana bisa kamu pimpin tubuh 200juta orang? Beristirahatlaahh… Ainum juga menyembunyikan penyakit kansernya di awal perlantikan Habibie sebagai Presiden kerana tidak mahu menganggu tugas Habibie, dalam kesakitan dirinya sendiri Ainum masih tidak lupa menyediakan ubat untuk Habibie sehinggalah saat kematiannya di Munich Jerman.
Kesugulan Habibie sangat terkesan sehingga ia akhirnya merawat dirinya sendiri dengan kembali ke tempat pertama kali mereka berjumpa. Habibie nyaris di rawat di rumah sakit jiwa kerana kematian Ainum.

Ini adalah puisi cinta Habibie kepada Ainum yang dikatakan ditulis selepas 100 hari kematian Ainum