Isnin, 22 Februari 2016

Sudirman dalam kenangan

Hari ini 22 Febuari adalah hari ulang tahun kematian Seniman serba boleh Sudirman Hj Arshad, pelbagai spekulasi dan anggapan tentang punca kematiannya hingga ada yang mengatakan kematiannya disebabkan penyakit Aids yang kebetulan pada waktu virus itu mula dikenali.

Mengikut apa yang diceritakan oleh rakannya yang juga penulis lirik terkenal Habshah Hassan 
"Secara perubatan, Sudirman disahkan mati kerana kegagalan hatinya berfungsi dengan sempurna..." 
sambung Habshah lagi.. 
"Saya akui, ia juga disebabkan ajalnya memang sudah sampai, tetapi sudirman melalui banyak perkara misteri dan mistik yang sukar untuk dipercayai pada zaman moden ini. Tetapi hakikatnya itulah yang dihadapi oleh Sudirman sehingga membawa kepada kematian.."


Untuk mengetahui dan mengambil manfaat daripada insan hebat ini bolehlah mengunjungi https://ms.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Haji_Arshad