Isnin, 21 Disember 2015

Belle and Sebastian

Filem berlatar Perang Dunia Kedua, yang mana kisah seekor anjing besar yang menyebabkan penduduk pedalaman sekitar pergunungan berhampiran Switzerland menjadi gempar, anjing yang dikatakan membunuh biri biri penduduk kampung itu menjadi buruan bukan sahaja oleh penternak dan penduduk tetapi juga tentera Jerman yang menguasai Perancis. Dalam perburuan itu cucu kepada pemimpin masyarakat yang bernama Sebastian akhirnya menjadi kawan dan menyelamatkan anjing yang diberi nama Belle tanpa pengetahuan datuknya Ceasar. 
Babak menyentuh hati adalah apabila Sebastian berusaha menyelamatkan Belle yang ditembak dengan memujuk seorang Doktor untuk merawat anjing yang disembunyikannya. Doktor yang juga menjadi juru pandu pelarian Yahudi menyeberangi ke sempadan Switzerland berjaya memberi suntikan yang akhirnya menyelamatkan anjing tersebut. Babak sebastian bersama Belle dan keriangannya bermain bersama anjing besar itu benar benar memberi gambaran bahawa hubungan akrab antara haiwan dan manusia boleh menyumbang kepada sesuatu yang baik dan bermakna. Belle berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah apabila membantu menghalau serigala yang menyerang sekumpulan biri biri.
Sebastian yang sentiasa menunggu kepulangan ibunya dari Amerika akhirnya menemui jawapan bahawa ibunya telah meninggal dunia dan dijaga oleh makciknya Belllarina. Manakala Bellarina sentiasa diekori oleh pegawai tentera Jerman yang ingin memenangi hatinya.
Belle dan Sebastian menjadi sangat berjasa apabila berjaya membawa keluarga Yahudi dari buruan tentera Nazi hingga ke Switzerland, dari situ Bellarina yang bersama mereka mengambil keputusan untuk terus ke London tanpa pulang semula ke kampung dan membiarkan Belle dan Sebastian pulang semula dengan membawa sepucuk surat kepada Pegawai Jerman yang akhirnya berjaya menghapus pandangannya tentang semua orang Jerman adalah jahat.
Belle dan Sebastian adalah Filem yang mengaitkan antara seekor anjing, konflik jiwa keluarga Ceasar, suasana penjajahan juga penganiayaan yang berlaku kepada orang Yahudi, Filem ini sangat terkesan juga bila dilihat dari sudut hati seorang anak yatim piatu dan memang patut Belle and Sebastian sebaris dengan senarai Filem terbaik.

Ahad, 6 Disember 2015

Antagonis Jelita telah tiada..

Biasa dan serasi membawakan watak jahat, Siti mariam Ismail (1933 - 2015) atau lebih popular dengan nama Mariani telah selamanya mengikut jejak rakan - rakan terdahulu meninggalkan dunia seni buat selamanya. Ratu Singapura tahun 1951 ini bermula dengan filem Chemburu dan aktif berlakon sehinggalah menghembus nafas terakhir pada 1 Disember 2015 di rumah anaknya. Disembahyangkan di Masjid Al- Hidayah jalan Sentul dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam jalan Ampang. 

Mariani tidak dapat dipisahkan dengan anak bongsunya Melissa Saila dari segi kecantikan dan penglibatan dalam kerjaya lakonan.

KelahiranSiti Mariam Binti Ismail
20 April 1933
Tanjung Pagar, SingapuraSingapura
Meninggal dunia01 Disember 2015 (umur 82)
Sebab kematiankanser usus
PerkuburanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur Kuala Lumpur  Malaysia
Pekerjaanpelakon
Tahun aktif1952 - 2014
AgamaIslam
PasanganDarus, H. M. Rohaizad, Alias
Anak2 Anak, 6 Anak, 5 Anak
Saudarabiduanita Puan Sri Saloma(Kakak), Mimi Loma (Kakak) & Mariani Ismail (Kakak)