Pemberontakan 8888 berlangsung di Yangon, Myanmar pada 8 Ogos 1988 dan berakhir pada 19 September 1988. Pemberontak yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti mahukan demokrasi selepas satu rampasan kuasa tentera berdarah. Selepas krisis itu,pemimpin pembangkangAung San Suu Kyi menjadi ikon rakyat Myanmar. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemberontakan_8888 Pada 1995, filem Beyond Rangoon telah diterbitkan untuk menceritakan kisah yang dikatakan benar- benar berlaku. Apa yang hendak ditonjolkan dalam filem tersebut adalah penglibatan seniman Kuswadi Bin Bujang atau lebih dikenali dengan Kuswadinata yang baru sahaja meninggalkan kita dengan kenangan- kenagan dan asam garam kehidupan manusia yang dilukiskan melalui lakonannya.
Selain filem antarabangsa tersebut Kuswadinata menghidupkan wataknya dengan baik dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa dan meninggalkan kenangan yang menggelikan hati adalah gelagatnya sebagai lelaki berkahwin dua dalam Seniman Bujang Lapok...