Seharian bersama anak hari ini menyebabkan semua rancangan lain terpaksa ditangguhkan. Bermula sebelah pagi ambil anak di asrama ke pesta buku melihat dan membeli apa yang perlu, selepas itu menghantar ke kelas Violin, sementara kelas muziknya tamat saya berpusing – pusing dalam bandar mencari mesin DCM (Deposit Cash Mechine) membayar hutang tertunggak di Bank Islam dan Bank Rakyat tetapi tak sempat membayar Astro kerana setelah dua lokasi DCM BSN tergendala, keadaan yang sudah biasa jika hari cuti. Setelah mengerjakan solat asar dirumah saya bergegas pula untuk menghantar anak ke asrama tetapi sebelum itu berhenti sebentar di restoran KFC untuk membeli kiriman rakan seasramanya.
Sesampai di depan pagar sekolah satu panggilan telefon saya terima dan suaranya amat saya kenali. Pengurus artis otai yang masih bertahan biarpun sudah ramai rakan seangkatan dan artis bimbingannya sudah meninggalkan lapangan glamer itu. Rakan ini banyak membantu saya dan banyak juga saya terhutang budi dengannya sewaktu tinggal di Ulu kelang lebih 10 tahun dulu.
Sapaan pertama yang ditanya selain perkembangan diri saya adalah keinginannya untuk berkunjung ke tempat saya. Saya mengalu- alukan kedatangannya dengan tangan terbuka dan senang hati
Dalam perjalanan pulang ke rumah saya masih teringat akan rakan itu yang mungkin sehingga hari ini belum lagi berumahtangga, saya teringat betapa kentalnya rakan itu mengharungi dunianya dengan pelbagai cabaran dari turun naik popularitinya hinggalah masalah kewangan dan karenah rakan serta anak buahnya. Saya percaya jika rakan saya itu terus dengan azam dan kekuatan mental dan strategi yang baik Insyallah suatu hari namanya akan meletup dan menjadi buruan semula.
Tetapi ada satu yang membuat saya pelik dan tertanya- tanya apabila saya menerima beberapa sms darinya dan salah satunya adalah “Miss u sayang”…. Opp