Selasa, 14 Januari 2020

Misteri Rumah Nina - Kisah seram Brunei

Sewaktu melihat lihat cerita di Youtube saya jumpa satu drama promo berjudul Misteri Rumah Nina terbitan tahun 1996 dari Brunei serta untuk tayangan di Tv Brunei . Saya cuba cari episod penuh tetapi tidak jumpa mungkin tidak diupload ke Youtube.

Terlibatnya saya dengan kerja suntingan drama ini adalah secara berkebetulan. Penyunting yang ditugaskan adalah Jamaluddin atau kami panggil Din Black. Oleh kerana Din Black mempunyai jadual sibuk saya dipelawa untuk menyunting, waktu itu saya baru saja diangkat sebagai penyunting, sebelumnya saya dalam team crew yang terlibat dengan kerja kerja di lokasi sebagai penata bunyi atau popular dengan soundman. 

Misteri Rumah Nina dibuat di Brunei, krew dan peralatan adalah dari syarikat Take One Production Sdn Bhd iaitu syarikat tempat kami bekerja. Din Black hampir tidak masuk campur kerja kerja penyuntingan yang diserah kepada saya, membuatkan saya turut melakukan banyak kerja untuk drama ini daripada Off- line, On- line hinggalah memasukkan efek dan muzik. Untuk efek muzik hantu saya memilih sendiri muziknya ada ketikanya rakan saya dan saya sendiri pun rasa meremang bila dipreview balik. Sebagai penyunting baru saya rasa berbangga bila akhirnya Din Black puas hati dengan kerja saya, Din Black memberi sentuhan akhir dengan memantau kualiti, membuat montaj dan memasukkan kredit tittle.


Misteri Rumah Nina sebenarnya sebuah kisah seram yang menarik, Ia mengisahkan seorang gadis yang dibunuh secara rahsia di sebuah rumah menyebabkan kelibat Nina sering menghantui orang yang mengkhianatinya. Jika anda ke Brunei cuba tanyakan tentang misteri Rumah Nina di Kilanas saya percaya cerita tersebut adalah rentetan daripada drama ini.

Drama ini begitu meletup bila ditayangkan, ada yang masih ingat jalan ceritanya walaupun menonton ketika zaman anak anak, ia menjadi bualan cerita mulut ke mulut dengan kisah yang sama dengan drama ini. sehingga kemudiannya muncul individu dan kumpulan paranormal yang menggeledah misteri rumah Nina. Cuma satu yang ketara dalam drama ini adalah solekan untuk hantu Nina seperti tidak berapa menjadi.

4 ulasan:

  1. encik, saya pernah upload full episod di youtube tetapi pihak youtube tidak menerima. kononnya saya tak boleh upload copywrite orang. entahlah, sia sia sahaja saya upload.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh.. cuba tanya pihak RTB atau penerbit, Sayang kalau tak dapat letak kat Youtube. Cuba usaha ya saya pun nak tengok juga

      Padam
  2. sekarang boleh ditonton di RTB Go.

    BalasPadam