Isnin, 3 Disember 2018

Holiday

Sewaktu makan di kedai nasi kukus berdekatan dengan rumah, terjumpa seorang kawan yang bekerja sebagai guru, dia begitu gembira bila cuti sekolah.. memang nampak sangat rasa kegembiraanya, selepas makan saya mengajak ke rumah sambil berbual pelbagai topik dengan seorang lagi kawan rapat sementara menunggu cucu- cucu sampai.

Saya mempunyai beberapa orang kawan yang bekerja sebagai guru, ada juga yang mengambil kesempatan untuk melancong, termasuklah anak dan menantu yang akan ke Bandung jadi saya menjaga 3 orang cucu seorang diri kerana waktu ini isteri saya juga pergi melancong hampir sebulan ke Eropah dan Balkhan disebabkan masa yang lama dan saya ada memelihara ternakan jadi saya memilih untuk berada di rumah saja lagipun musim cuti ini anak saya yang belajar tahun 3 di Universiti Petronas akan pulang kerana cuti semester. Sebelum ini sewaktu anak di sekolah menengah saya juga membawanya melancong setiap hujung tahun kebiasaannya hanya ke Indonesia dan kerana kewangan terhad hanya sekali saya membawa ke Korea selain menjadi kemestian sejak darjah 3 lagi dia akan berseorangan terbang ke Sabah kampung neneknya.

Disebabkan musim cuti ini adalah cuti hujung tahun, hujan turun setiap hari terutama sebelah petang, boleh dikatakan setiap hari juga saya seronok mandi hujan sambil melakukan kerja kerja sekitar rumah, seperti selalu saya katakan bahawa saya menggemari hujan dan rasa bersemangat melakukan kerja dalam basah, air hujan seperti memberi kekuatan. Kebiasaan ramai tidak tertarik dengan hujan mungkin juga anak zaman ini difahamkan bahawa hujan itu deman dan sakit jadi anak cucu saya juga tidak mesra air hujan. Cucu yang mulanya bersama saya memberi makan kambing biri- biri dan lembu pun lari masuk terperap dalam rumah menonton rancangan kartun di Iflix.

Kegembiraan kerana cuti daripada kerja selalu juga menjadi tajuk lagu- lagu dan yang spontan boleh saya ingat adalah lagu berjudul "Holiday" oleh Boney M dan Scorpion dengan judul sama. Seperti yang saya tuliskan di born to touch your feelings menyatakan bahawa saya adalah penggemar kumpulan Rock Ballad. Dan yang menjadikan ia begitu sedap di dengar adalah disebabkan pelat lidah Jerman yang menyanyikan lagu Inggris oleh vokalis Klaus Maine disokong dengan ton suara melankolik.
                                          

Kepada rakan- rakan dan kenalan walau di mana berada saya ucapkan Selamat Bercuti dan sayangilah orang di sekeliling kita jadikan kasih sayang lebih erat bersama percutian yang harmoni.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan