Pertama kali mendengarkan lagu ini dinyanyikan oleh pemandu rombongan kami sewaktu di Danau Toba, Medan. Entah mengapa lagu yang baik walaupun kita tak biasa mendengarnya tetapi ia cepat membuat terpikat dan ingin turut mengalunkannya. My Way adalah lagu yang asalnya adalah dalam bahasa Perancis berjudul “Comme d’habitude” . Tetapi ia diolah semula oleh komposer yang juga seorang penyanyi Amerika bernama Paul Anka, walaupun Paul juga seorang penyanyi tetapi dia merasakan lagu itu lebih sesuai di berikan kepada Frank Sinatra, selepas itu My Way menjadi sangat terkenal dan dinyanyikan oleh hampir semua artis terkenal pada waktu itu hingga kini. Kini saya menyedari sesiapa sahaja yang meminati lagu evergreen sudah tentu My Way adalah satu lagu yang wajib. Sebutlah sesiapa saja akan suka menyanyikannya termasuk lagenda raja rock Elvis Presley.
My Way... mengingatkan kenangan di danau Toba yang banyak cerita indah waktu itu yang kini menjadi kenangan dan sejarah yang tak mungkin akan berulang lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan