Rabu, 4 Januari 2017

Hebatnya Cinta Julia Roberts dan Hugh Grant


         Notting Hill adalah sebuah kawasan di West London dengan taman dan rumah teres menarik zaman Victoria, ia juga dikaitkan dengan artis, restoran mahal, politik konservatif juga budaya alternatif. Ia menjadi lokasi Filem Notting Hill yang dijayakan akters jelita Julia Roberts dan aktor menawan Britain Hugh Grant. Filem keluaran 1999 ini mampu mengungkapkan kehidupan manusia biasa walaupun melibatkan seseorang yang terkenal dan hebat.

       
 Anna Scott (Julia Roberts) artis yang sangat popular, menjadi serbuan wartawan dan peminat di seluruh dunia bertemu dengan William Thacker (Hugh Grant) seorang duda yang tinggal di apartmen dengan kawan yang berfikiran gila- gila, William membuka sebuah kedai buku kecil di Notting Hill, William mempunyai kisah cinta yang dramatis selepas ditinggalkan oleh isterinya ia juga melalui kekecewaan ditinggalkan sekali lagi oleh kekasihnya yang memilih menikahi sahabatnya, babak duka dalam hidup membuatkan William tidak berfikir untuk bercinta lagi.
         Anna Scott yang mengunjungi kedai buku William telah membuatkan William tertarik hati buat seketika dan pada hari yang sama William tertumpah minuman ke atas baju Anna Scott menyebabkan William mempelawa Anna membersihkan diri dirumahnya. William sebenarnya seorang yang tidak mengenali siapa Anna manakala Anna pula telah tertarik dengan sikap gugup dan jujur William dan sebelum berpisah dengan spontan Anna telah mencium William dan bermulalah hubungan cinta hebat mereka.
         Pertemuan tersebut berlanjutan selepas Anna mengundang Will ke Ritz London Hotel, Will terkejut kerana kehadirannya di Hotel tersebut adalah dalam suatu majlis bersama wartawan untuk filem terbaru Anna berjudul Helix. Di sinilah William mengetahui bahawa dia berhubungan dengan seorang pelakon terkenal manakala Will pula berpura- pura sebagai wartawan.   
            Hubungan Anna dan Will semakin rapat, Anna tinggal sementara di apartmen Will untuk menenangkan diri daripada gosip terbaru gambar nya di media sehinggalah suatu hari rumah mereka diserbu wartawan, menyebabkan berlaku pertengkaran kecil dan Anna menganggap Will mengambil kesempatan keatas dirinya untuk popular. Enam bulan berlalu dan William kembali murung dengan kegagalan dalam hubungan sekali lagi, Will telah mula melupakan Anna.
        Perasaan gembira kembali semula apabila sekali lagi Anna berkunjung ke Notting Hill untuk penggambaran filem barunya. Will hadir ke tempat penggambaran tanpa pengetahuan Anna tetapi percakapan Anna dengan seorang pelakon yang mana Anna telah menyatakan bahawa William hanyalah rakan biasa, tidak lebih dari itu menyebabkan William menyedari siapa dirinya, William kembali patah hati. 
          Anna yang tidak menyedari kehadiran Will di tempat penggambaran telah pergi ke kedai buku Will dan menghadiahkan sebuah lukisan, tanpa ragu Anna telah meluahkan cintanya kepada Will tetapi Will pula telah menolak cinta Anna dengan sopan dan dengan perasaan hampa Anna meninggalkan Will. Disini telah belaku dialong yang mengingatkan saya kepada hubungan saya dengan seorang artis tanah air satu masa dulu dialog tersebut berlaku ketika Anna menyampaikan perasaanya kepada Will, 

Will yang merasa rendah diri dibanding Anna menjawab: 
“ I live in Notting Hill. You live in Beverly Hills. Everyone in the worlds know who you are, my mother has trouble remembering my name
Dengan romantis, Anna menjawabnya: “I am also Just a girl, standing in front of a boy. Asking him to love me” 

               Di akhir cerita Will menyesali perbuatannya menolak cinta Anna, Will mengejar Anna dengan bantuan sahabat- sahabat baiknya sebelum Anna berangkat pulang ke Amerika, dan akhirnya berjumpa di majlis bersama wartawan, di situ Will sekali lagi berlagak wartawan dengan bertanyakan soalan yang membuatkan Anna menyedari bahawa Will masih mencintainya dan Anna Scott akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di Notting Hill selama lamanya. 


Filem berakhir dengan babak Will membaca buku dia atas bangku ditaman sementara Anna yang sedang hamil berbaring dipangkuannya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan