Selasa, 29 Mac 2016

The Last Emperor


Filem ini memang telah lama saya gemari.. ia bukan saja membuat kita terimbau satu zaman yang begitu megah, hebat dan punya ketamadunan juga budaya sangat terpimpin. Bagaimana sebuah Institusi maharaja yang sangat- sangat dihormati rakyat akhirnya terpaksa akur dengan perubahan dan desakan yang datang dari luar Kota Larangan. Seorang yang diumpamakan wakil tuhan di dunia boleh disisih sedikit demi sedikit hingga akhirnya wakil tuhan itu tidak ada pilihan dari dipaksa keluar dari Istana kota yang diwarisi dinasti berabad lamanya.
Tidak ada toleransi dan kompromi dalam kerja kerja melupuskan sistem Kemaharajaan. 
Bagaimana sayu dan heningnya di benak Pu Yi.. melihat singgahsana yang dulunya dia berada disitu. Ditabal sebagai maharaja China sewaktu berumur 2tahun 8bulan. Pu Yi yang berusaha mendapatkan statusnya semula akhirnya tewas kepada tipudaya Jepun yang menabalnya menjadi Maharaja boneka di Manchuria. 
Pu Yi melalui pelbagai zaman daripada sebagai Maharaja, menjadi orang tahanan dan akhirnya menjadi rakyat biasa sistem komunis di Republik Rakyat China.. Tontonlah filem berbahasa Inggris ini, anda pasti mendapat pelajaran tentang kehebatan yang tidak kekal, tentang kehilangan yang tak kembali juga tentang peluang dan ruang yang ada perlu ditanggani dengan bijaksana dan berhemah.. Jom tonton


The Last Emperor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan